Search This Blog

Saturday, September 18, 2010

Raya (part 11)

Yang pasti,raya tahun ni jumlah hasil pemberian (orang yang bagi,saya tak mintak pun) duit raya dari makcik pakcik, kenalan mak ayah meningkat selaras dengan peningkatan usia. Jadi,jangan takut atau malu atau rungsing bila umur bertambah. Mane main dah terima duit kertas seringgit. Paling kurang pun dapat duit kertas warna hijau. Lepas la nak beli topup untuk balas sms raya yang tak henti-henti masuk.
Yang pasti, raya tahun ni aku inidivdu paling sibuk. Tahun di mana aku jadi sangat letih sampai pukul 12 tenghari baru dapat dapat jamah hidangan raya. Bagi yang tak tau,aku cucu perempuan sulung daripada 35 orang sepupu. 35 ke?. Mungkin lebih. Tahun ni bibik-bibik makcik pakcikku semua balik beraya di seberang. Jadi,segala tugas di dapur aku lah kene siapkan. Balik je solat raya,aku bertukar jadi bibik. Ya. Aku memang rajin. Terima kasih.
Yang pasti, kalau dahulu selesai solat raya ahli keluarga terdekat berkumpul and start with the normal routine. Salam-salam,mintak maaf,nagis-nagis dan hulur duit raya. Tapi tahun ni terbalik. Ahli keluarga yang  tak berapa nak dekat termasuk jiran-jiran rumah opah yang datang serbu dan habiskan duit raya opah untuk cucu-cucunya. Mane aci!!. Selamat aku sempat terima duit raya opah sebelum diorang datang.Banyak tau duit raya opah. Rugi kalau terlepas.:)


Yang pasti,raya tahun ni hidangan paling menarik bagi aku adalah kek lapis Sarawak yang makcik aku buat sendiri. Macam-macam corak dan warna. Cantik sangat sampai aku pun sayang nak makan.
Yang pasti juga, rumah atuk-nenek sekarang mostly dah pasang Astro!. Memang canggih atuk-nenek zaman sekarang. Kalau dulu tv lama penuh value, sekarang ada yang dah pakai plasma tv. Dan bilangan tv lebih dari satu. Rumah opah aku je ade 3 tv. Fulamak!. Nak tinggal rumah opah lah macam ni.
Yang pasti lagi, walaupun aku yang kedua tua di kalangan sepupu-sepupuku, tapi akulah yang memegang handphone paling tak canggih antara mereka. Canggih betul anak-anak kecil zaman sekarang. Makan hati je aku.
Yang pasti lagi, zaman aku kecik-kecik main galah panjang, teng-teng, baling selipar atau main buaian dekat rumah opah. Aku ada ajak sepupu aku yang muda-muda dan comel-comel main. Tapi jawapan si lelaki: " Tak mau la K.nyah. Main Ps(playstation) lagi best". Ceh,berlagak.(tapi wayar nak pasang mtk tlg aku jugak). Si perempuan : "Nanti la. Kitaorang tengah main Fb ni". Ni lagi satu,habis laptop aku korang stalk ye.

Yang pasti juga, kalau dulu di kampung hanya ada tv dan radio untuk di tonton dan dilihat pada malam raya tapi sekarang ade tambahan. Laptop. Bukan sahaja laptop atau notebook tetapi juga capaian ke internet. Terima kasih uncle aunty bagi pinjam broadband untuk update twiiter dan blog.

Yang pasti,

raya tahun ni juga

mungkin raya terakhir sebelum bertukar status.



Raya masih berbaki. Selamat beropen house!!

8 comments:

Anonymous said...

bertukar status..ahaaaaaaaaaaaa
-sue yg x berubah dari dlu..hehe-

Matematis Muda said...

tukar status? wah tahniah in advance haha baguslah benda baik tak yah tangguh lama lama hehe

mas said...

congrats nany!.jgn lupa jemput aku tau.

Enriuel said...

sue yg suka hati ,
status aku msh sama dgn kau la.ni bukan status psl diri.ni status laen.:)

MM,
Eh,slh fhm ni.Status jadi pelajar tahun akhir la.Haha.Tunggu ko tukar status dulu.*Wink*
Alamak!,mcmne jmp link ni. Aisey.Nak private blk la.:)

mas,
Baik! Pasti jemput.Tapi kau carikn calon utk aku boleh?

Dammit said...

Yang pasti, dapat jugak baca tulisan ko. Haha. Tumpang happy pasal status tu. oh, mata budak baju hijau kat gmbr dlm entri lepas sgt cantik. anak buah ke?

Enriuel said...

dammit,
yang pasti,sebenarnya nak baca tulisan yg lagi satu tu. Haha. tak pyh happy. ni status laen la.
anak aku lah. cantik?. Thanks!!. tengok mak dia la.:)

athinabiha said...

waaa..status ape..to available ker..?hee:)

Anonymous said...

tahniah!