Search This Blog

Tuesday, September 28, 2010

Duit

In general, kalau diperhatikan online business sekarang antara yang paling famous dan antara yang boleh dipercayai membawa keuntungan kepada peniaga. Hanya perlu upload gambar yang hendak di jual, iklankan di internet. Tulis ayat promosi yang menarik dan orang akan berduyun-duyun nak beli. Kalau yang dah established ada web site business sendiri. Kalau yang baru nak berjinak-jinak, medium utama mestilah facebook. Dari facebook akan di link pula ke blog.

Kalau di peringkat universiti,ada yang jalankan business dari bilik ke bilik. Bagi aku,mereka ini sungguh rajin!. Ramah tamah pulak tu. Muka senyum je. Sejuk hati tengok lalu tergoda dan terus keluarkn duit. Kalau lagi tergoda dari satu barang menjadi 2,3,4 dan seterusnya. Mana duit tak habis?

Pagi tadi aku ada class. Seat aku selalu di belakang. Sudah terbiasa. Bukan tak mahu duduk di barisan hadapan tau. Cuma,dah terbiasa di belakang. Takpela, lagipun aku tinggi. Nanti kalau duduk depan,orang belakang tak nampak pula.Hehe. Bila duduk di belakang di kelilingi rakan taulan yang sekepala  keadaan boleh jadi huru hara . Ditambah dengan lecturer jenis baik sopan santun,terus mengajar tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Memang lagi effective keadaan mereka di belakang.

Agak-agak class dah nak habis tadi, ada seorang rakan ni pusing belakang ke arah aku dan seorang lagi rakan yang duduk disebelah. Di hulurnya satu uncang bewarna biru yang berisi sesuatu. Rakan aku bukak dah memancar sinar berlian. Tak payah aku pergi kedai barang kemas. Hanya perlu pergi class, sudah ada orang menjual. Tak payah website, tak payah facebook. Dekat class pun boleh. Banyak duit kan student sekarang. Jual barang kemas u all. Korang percaya tak,percaya tak?. :D

Rakan yang duduk sebelah aku tadi baik hati. Belikan aku satu. Kemudian, kami pun pass la uncang berisi gelang tadi ke rakan-rakan yang lain. Aku pun saje cakap dekat yang menjual, boleh aku masuk share berniaga?. Then,dia jawab:


" Korang jadi promoter " (refer dekat aku dan rakan sebelah)



Sebab apa aku dan rakan sebelah di suruh jadi 'promoter' dari jadi 'peniaga'?



Note: Gadis manis. Syhhh. Diam-diam tau.Jangan sampai penjual tau.Haha

No comments: