Selasa 7th September 2010. 2.15 Am
Dah 27 hari kita berpuasa. Campur sahur pagi nanti, masuk hari yang ke 28. Cepat masa berlalu. Tak sedar dah tinggal Rabu dan Khamis. Jumaat, InsyaAllah Syawal menjelma. Mesti semua excited nak raya kan? (especially diri sendiri)
Tapi semua sepatutnya lebih sedar, hari-hari terakhir ni lah yang sepatutnya kita lipat gandakan amalan kepadaNya. Mungkin ramadhan kali ni yang terakhir buat kita. Siapa tahu kan?. Dalam kita seronok habiskan duit shopping sana sini, beli itu ini, tukar yang itu , ubah yang ini, kita alpa. Mana pergi kegigihan semangat untuk turun berterawih di surau atau masjid seperti di awal Ramadhan?. Atau paling tidak pun, berterawih sendiri. Semangat yang tinggi, sampai ada yang siap beli telekung baru konon-konon lebih berkat katanya. Ni aku tak kisah sangat sebab hak inidividu. Masing-masing ada cara dan karakter sendiri.
Aku mengaku, minggu terakhir Ramadhan kali ni aku sedikit liat untuk berterawih. Tak macam masa awal Ramadhan. Kalau takde sebarang agenda penting,aku pasti terawih di surau hostel atau paling tidak pun aku buat terawih sendiri di bilik. Rasa tak sedap hati kalau miss terawih biarpun aku tak mampu buat sampai 20 rakaat.Susah kan nak istiqamah dalam sesuatu kebaikan tu?. Dua minggu terakhir lepas jugak aku sibuk dengan mid-semester exam. Aku jadikan alasan nak study untuk aku skip terawih berjemaah di surau. Lagi sekali, konon-konon buat terawih sendiri cepat habis dan boleh start study awl. Tapi hakikatnya lagi aku berlengah-lengah nak start study.(midsem kali ni semua paper aku study last minit.tak macam semester-semester lepas.tak tau lah result mcm mane nanti.)
Minggu terakhir Ramadhan ni aku dah berada di rumah. Masuk pagi ni hari ke-5. Paling aku sedih, antara 4 malam tu takde satu hari pun aku berterawih di surau atau masjid dekat rumah.Tak macam weekend 2 minggu lepas, aku ade balik rumah. Tapi aku sempat terawih di surau walaupun hanya sehari. Lain. Rasanye sungguh lain!. Kiri kanan, depan belakang aku tengok perlbagai generasi ade. Dari nenek-nenek,makcik-makcik sampailah ke kakak-kakak dan adik-adik. Seronok tengok gelagat masing-masing. Ni lah antara kelebihan Ramadhan. Dari tak kenal antara satu sama lain boleh pulak jadi kawan. Seronok.:)
Ni cerita dari awal Ramadhan hingga 2 minggu lepas. Apa cerita minggu terakhir Ramadhan aku?. Ya. Seperti yang anda semua dapat teka, iman aku jatuh bergolek-golek. Bila seronok kejar nikmat dunia ni la jadi. Aku tak sempat lagi terawih di surau atau masjid. Terawih sendiri pun baru 2 hari je aku sempat. Malam-malam aku busy pergi ke sana ke mari. Sibuk dengan persiapan raya. Untuk hari Ahad lepas je aku spent almost half day dekat mall. Bayangkan?. Ni belum dicampur lagi dosa-dosa tambahan yang free-free aku kumpul bila berada dalam shopping mall. Aku rase korang faham kot ape yang aku cuba nak cakap. Haha. Oh,aku terjumpa 'dia' jugak. Untuk kali ke-2.(sape dia?.kalau follow aku dkt twitter ade aku tweet gambar.hehe). Haa. Tengok. Tak pasal-pasal kurang pahala puasa aku. Patutnya setengah hari tu aku patut habiskan tadarus. Kan?
Tadi aku bukak channel 106 dekat Astro. Ada siaran langsung terawih dari Makkah. Aku jadi sedih sangat-sangat. Aku rasa iman aku makin goyah dekat-dekat nak raya ni. Aku blame diri sendiri untuk semua kekusutan ni.
No comments:
Post a Comment