Bila dah ada dekat kampung ni tambah-tambah esok nak raya mestilah busy. Sampai cerita apa yang keluar dekat tv pun tak sempat nak tengok. Bukan sahaja tv malah handphone yang merupakan antara individu penting dalam hidup aku pun tak sempat nak bertanya khabar.(tapi laptop lagi penting bagi aku.sebab tu sempat tulis entri.hehe)
Setelah hampir satu hari diabaikan,aku pergi dapatkan handphone.
Terkejut!!
30 gambar sampul surat yang belum dibuka.
Musykil. Aku jarang dapat sampul surat banyak-banyak sekaligus macam ni incase if aku sedang berada dalam situasi atau keadaan atau status tertentu.
Jadi,aku pun buka sampul surat tu satu-persatu.
Dari sampul yang pertama dan sampailah yang terakhir.
Jumlah sampul surat tolak 3.
Semua kirimkan pesanan yang lebih kurang sama.
Dan aku pun mestilah reply benda yang sama untuk semua.
"selamat hari raya jugak!! ampun salah silap.halalkan makan minum ya. have a wonderful raya.:)"
Note : Ni belum tengok notification dekat facebook lagi.
Note : Ni belum tengok notification dekat facebook lagi.
No comments:
Post a Comment