This is going to be a very long entry. Bear with me. Read it only when you have free time, or else you akan bosan gila and ended up you won’t understand anything.
Tahun 1997.
Ibu gembira melihat pertambahan berat badan anaknya. Jiran-jiran turut menegur dan memberi respon positive.Suatu pagi,anak itu bangun dan melihat ke cermin. Mata terkebil-kebil sambil digosoknya. Seakan tidak percaya. “Kenapa ni?”. Anak itu sendiri bingung dengan perubahan diri. Dengan perasaan bercampur-baur,anak itu menuruni tangga mendapatkan ibunya.
Ibu bagaikan tidak percaya. Ibu berlagak tenang walaupun anak itu tau apa yang tersirat di hati ibu. Terus ibu menyuruh anaknya bersiap . Di dalam kereta, masing-masing membisu.
Seorang lelaki tinggi berkaca mata,tinggi budi bahasa menyuruh anak itu menjalani ujian air kencing. Anak itu menolak. Takut katanya. Ibu cuba memujuk dengan penuh kelembutan. Jawapan si anak tetap sama.
Lelaki tinggi tadi tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menyuruh kedua mereka ke sini. Anak itu melihat mata ibu berkaca. Di tanya mengapa, ibu hanya diam membisu seribu bahasa.
Hampir 3 bulan anak itu berada di sana. Siang dan malam yang sama runtinnya. Berada di katil empuk sambil setiap saat menanti kunjungan dari insan-insan tersayang. Setiap yang datang pasti membawa sesuatu. Anak itu sangat gembira!!. Terbalas segala keperitan menelan pahitnya biji-biji kecil bernama ‘steroids’ . Di tambah celaan halus di lengan dan tangan. Semuanya pasti kenangan yang cukup terkesan bagi anak itu.
Selepas 3 bulan,anak itu bebas. Tetapi masih tetap bergantung pada biji-biji kecil itu. Masih perlu jauh dari garam. Di sekolah,ada rakan yang bergurau senda seolah-olah anak itu berdosa kerana membawa bekalan nasi goreng yang di masak ibu. Melihat rakan-rakan lain enak menjamah pelbagai makanan di kantin, hati anak itu sedikit terguris.
Setahun kemudian,anak itu bertukar sekolah. Mengikut ayahnya yang bertukar kerja ke negeri lain. Di sekolah baru,rakan-rakan cukup berlainan. Mereka sungguh supportive. 3 tahun di sekolah baru, setiap tahun, bengkak pada mata, leher, kaki dan seluruh badan(symptoms) pasti menjelma. Cuma kekerapannya bekurangan. Di negeri baru,hanya pernah tidur satu malam sahaja di katil empuk, Alhamdulillah.
Tahun 2001
Anak itu melangkah naik ke secondary school. Alhamdulillah,syukur kerana symptoms jarang sekali menjengah. Jika ada sekalipun, pasti di telannya steroids agar lekas-lekas bengkak di badan hilang. Anak itu perlu sentiasa alert dengan diri pada crucial time sebegini.
Setiap 6 bulan ,anak itu pasti berjumpa warden asrama meminta untuk dibenarkan pulang. Follow up di sini setiap 6 bulan. Sepatutnya. Tetapi anak itu degil. Hanya bila symptoms mula hendak menerang, barulah dia terkejar-kejar call ibu atau ayah untuk menjemputnya dari asrama untuk membawanya berjumpa seorang wanita berbangsa india yang mahir dengan apa yang ditanggung oleh anak itu.
Suatu yang pasti, anehnya tentang apa yang dihidapi oleh anak itu ialah die tidak pernah sekalipun merasa sakit. Walau sedikit. Yang nyata, hanya perubahan fizikal. Hanya bengkak dan kadang-kala effect dilihat pada urine condition. Itu sahaja. Tiada sebarang pendarahan atau kesakitan yang dirasai. Pelik?. Anak itu sendiri sehingga kini masih tertanya-tanya.
Tahun 2006.
Anak itu melangkah ke hadapan lagi. Di tempat belajar yang baru ini, symptoms pernah hadir sekali. Anak itu cukup risau ketika itu. Kerana wanita berbangsa india itu pernah berpesan:
“Kena jaga elok-elok. Kalau ada sakit lagi atau tak stop lepas umur 17 tahun,tak boleh baik dah”
Kata-kata yang tidak mungkin akan luput dari ingatan si anak.
Ketika symptoms awal mula muncul ketika anak itu melangkau usia 17 tahun, anak itu pada mulanya enggan bertemu si pakar. Gerun jika kata-kata diatas benar-benar terjadi. Atas pujukan rakan baik anak itu memberanikan diri. Di terangnya history penyakitnya kepada si pakar di tempat belajar yang baru itu. Sekali lagi, anak itu perlu menjalani ujian air kencing. Perasaan jadi macam-macam tetapi Alhamdulillah, keputusan negative. Anak itu hanya terkena infection. Syukur .
Tahun 2010
Selepas hampir 14 tahun,anak itu menjumpai apa yang selama ini sangat ingin diketahuinya. Bukan tidak pernah bertanya, tetapi dia mahu satu jawapan konkrit. Setiap individu yang di tanyanya sebelum ini seolah-olah tidak mahu menjelaskan dengan secara terperinci. Atau mungkin anak itu sendiri yang mahukan sebenar-benar jawapan,setiap inchi apa yang berlaku. Sehinggalah pada hari anak itu membaca nota pelajaran untuk salah satu subjek yang diambilnya. Dari helaian nota,dicapainya pula buku tebal yang menjelaskan segalanya.
Persoalan terrungkai.
Bagi yang tidak faham, konklusi kepada apa yang ditanggung oleh anak itu ada di sini.
Nota: Maaf entri yang panjang dan jika tidak faham isi kandungan.
Bagi yang tidak faham, konklusi kepada apa yang ditanggung oleh anak itu ada di sini.
Nota: Maaf entri yang panjang dan jika tidak faham isi kandungan.
2 comments:
Huiyo boleh buat novel. btw, aku tau siapa anak kecil tu :)
Dammit,
Kau tau?. Mesti jawapan kau salah. Haha
Post a Comment