Search This Blog

Wednesday, December 15, 2010

Waiting.Keep on.

Sekadar menyebut beberapa nama. Mereka-mereka yang menjadi bahan bualan ramai ketika ini.
Dalam sekelip mata, nama beliau memuncak. Lately ni pun, boleh di katakan kalau pergi mana-mana mall atau kedai tepi jalan pun boleh dengar ada yang pasang lagu Insha Allah. Sepupu aku yang masih kecil pun galak menyanyi lagu tu. Antara lagu yang cukup popular. Aku mula di introduced kepada lagu Maher Zain kira-kira setahun lepas. Dalam kereta seorang rakan.  First time dengar, terus jatuh cinta esp dengan lagu ‘For the Rest of My Life”. Duk putaq lagu tu ja bila balik bilik. Addicted. Sekarang  Maher Zain dah jadi satu phenomena. Menjadi yang paling atas #1 in the list: Fastest Rising People-Google Top Searches 2010 by Google. Kalah si comel aku tak minat si Justin Bieber dan si pelik tapi lagu best si Lady Gaga dan juga si cantik dan hot Luna Maya. Aku tumpang bangga sebagai seorang Muslim dengan kejayaan Maher Zain. Bagi aku, ini boleh dkira sebagai ‘penganugerahan’ yang  layak utk MZ banggakan dalam lipatan kamus hidup dia. Satu pencapaian di dalam hidup.

Aku kenal dia agak lewat. Selepas dia masuk pertandingan Malaysian Dream Girl. Dia dapat second runner-up. Masa tu aku tak tau pun dia ada blog. Sampailah aku dapat link blog dia dari seorang rakan. Di anugerahkan dengan ketinggian dan wajah rupawan membolehkan dia menjadi model sambilan yang secara tidak langsung mempopularkan inibelogsaya.blogspot.com.  Semakin hari semakin ramai yang ingin mengenali si empunya blog. Hasil tulisan yang sentiasa di nanti pembaca membolehkan beliau menduduki #6 in the list: Fastest Rising People-Google Top Searches 2010. Siapa kata hanya artis dan politician je yang boleh jadi popular. Menjadi seorang blogger pun boleh jadi di kenali ramai di samping dapat jana pendapatan jugak. Amazing bukan?. Tahniah Hanis Zalikha. Sekali lagi, bagi aku, ini boleh dkira sebagai ‘penganugerahan’  yang  layak utk HZ banggakan dalam lipatan kamus hidup dia. Satu pencapaian di dalam hidup.

Dia tak perlu aku ceritakan secara terperinci. Satu Malaya pasti kenal. Aku hanya dengar nama dia ketika zaman kemaruk main Myspace. Tapi tak pernah tengok atau betul-betul dengar lagu dia. Aku kenal dia lepas dia launch EP dia. Kawan aku tunjuk EP tu dekat aku. “Oh,ni ke Yuna”. Lagu Dan Sebenarnya dengan Cinta Sempurna je pun aku tau masa tu. Tapi sekarang she needs no introduction. Bakat yang di kurniakan bijak di rencanakan. Anugerah dan anugerah di genggam. Tengok saja review untuk Love Fashion/Live Music collaboration dengan. Berapa banyak 'Yuna' ada dekat event tu. Lihat review ni dah cukup. Sampai bandmates dia sendiri buat joke tak kenal siapa boss dia sebab sangat ramai yang gadis-gadis cantik yang seakan-akan Yuna. Seorang musician juga seorang fashionista ikutan gadis urban. Sekali lagi, bagi aku, ini boleh dkira sebagai ‘kenangan manis’  yang  layak utk Yuna banggakan dalam lipatan kamus hidup dia. Satu pencapaian di dalam hidup.
 *********
Walaupun berpangkat atuk saudara, tapi arwah cukup rapat dengan ayah dan ibuku. Bermula hanya dengan menjual ketul ais dari rumah ke rumah dan kemudiannya semakin maju. Rezeki di beri Allah di kembangkan ke perniagaan yang lebih besar. Berkat usaha gigih dari bawah tanpa mengenal erti putus asa beliau boleh berbangga dengan hasil usahanya kini. Dari seorang penjual ais batu menjadi seorang pelakon, penerbit dan pengarah filem, seorang politician dan menjadi seorang  bussinessman yang berjaya. Walaupun beliau sudah tiada, perjuangan yang di tinggalkan menjadi satu semangat untuk anak-anak beliau meneruskan legasi. Abangku juga turut ‘mencuri’ semangat kental arwah Tok Teh untuk terus kekal menjadi seorang juruaudit sebelum bergelar akauntan walaupun pernah di tentang hebat oleh ibu dan ayahku. Bagi aku, membaca keratan akhbar ini cukup untuk membuktikan betapa beliau sudah mencapai satu tahap yang boleh di banggakan sebelum beliau pergi mengadap ilahi. Aku sanggat berbangga menjadi sebahagian daripada keluarga besar arwah. Satu pencapaian di dalam hidup. Al-Fatihah.

Aku pasti ramai lagi di luar sana yang sudah mencapai satu tahap membanggakan di dalam hidup. Tahniah kalian. Teruskan berusaha untuk mencapai 'sesuatu'.

Timbul satu persoalan dalam diri aku. Bila mungkin aku akan capai satu tahap yang boleh aku banggakan sepanjang hidup aku?. Usia semakin lanjut, aku tidak punya banyak waktu. Tapi aku masih di kaki bukit, belum menyinggah di tengah bukit apatah lagi mahu berada di puncak. 

No comments: