Saya terjumpa satu khazanah yang tidak lah berapa lama dahulu. Tiga tahun lepas.
Masa mereka muda-muda dulu. Masih kecil dan mentah. Fikiran masih seperti budak-budak. Juga sama dengan tingkah-laku. Tak matang tapi masih waras. Ketika mula-mula memakai uniform oren ini, masing-masing gembira. Pelbagai AZAM, MATLAMAT, PLAN, IMPIAN, RANCANGAN dan termasuklah angan-angan kecil yang ingin gi gapai. Sekarang dah besar panjang. Ada perancangan yang berjaya dan ada juga yang masih belum menunjukkan sebarang petanda. Apa yang jelas, masing-masing kini semakin kenal erti hidup. Pengalaman dan kegagalan masa lampau di jadikan ikhtibar. Mula dengan semangat baru. Paling nyata, semakin bijak mencorak masa depan. Semakin hampir dengan fasa seterusnya.
Mereka masih berkira-kira siapa yang menjadi yang pertama. Mungkin saya? *senyum*
No comments:
Post a Comment