Search This Blog

Friday, December 31, 2010

Jauh perjalanan,luas pemandangan

Tengok gambar kawan-kawan dekat obersee, kemuncak keinginan memuncak tinggi nak rasa suasana dekat sana. Kalaulah dapat posing posing sengih-sengih klik-klik snap-snap gambar dekat kawasan macam ni mesti seronok. Mesti dapat create satu suasana yang berbeza. Serius, dalam kepala aku, aku terbayang obersee je ada kawasan-kawasan macam ni yang aku teringin sangat nak rasai suasananya. Tapi dalam sibuk aku berangan nak pergi kawasan mcm ni dekat obersee sebenarnya dkt Malaysia pun ade. Ceit, penat aku pasang angan-angan jauh-jauh tau

Tak payah rancang atau gigih nak google, cuma kena rajin 'selidik' sendiri. Beranikan diri nak meredah jalan-jalan yang ada dekat Malaysia ni. Pasti, korang aku terokai something new. Ralat sebab aku tak bawak camera. Tak dapat hyper sangat nak bergambar. Hanya bergantung harap pada amoi saya ni. Kalau dia takde, saya dah nagis kot sebab takde camera. Ehee. And ada satu kawasan lalang warna coklat ala-ala dekat pantai florida,hawai,miami. Aku pun tak sure dekat mana. Yang aku tau satu je, cantik!. Tapi sayang tak sempat snap gambar. Will go there again someday. Dapat juga sentuh air Laut China Selatan. Cool!!. Selamat menonton perjalanan idaman aku yang selama ini aku tak pernah terfikir ada rupanya dekat Malaysia. Loser.

Angan-angan nak di kelilingi pokok rhu  berhasil.*bangga*






Terima kasih kepada adinda-adinda yang telah bersama dalam perjalanan ini. Walaupun sekejap+sejuk+angin KUAT sampai tudung nak tercabut bagai dan dia dihantui demam ,kita tetap gigih meredah badai.Demi untuk cipta kenangan. Thank you so much!






We failed to 'lompat'.



Tak payah pergi jauh. Tak payah sampai obersee. Dekat Malaysia pun ade. Dekat mane?. 



Ini dia.




P/s: Kawan-kawan photographer sekalian, silalah ke sini. Mantapkan skill kalian. Tak rugi. Oh, jangan lupa ajak saya jugak. Utk perhatian cik  Dilla, 

Wednesday, December 29, 2010

Love 'them' while you can.


Entri ni adalah entri lama. Dekat blog lama. Tadi aku belek-belek blog lama, dan entah kenapa aku rasa terpanggil untuk 'public' kan entri ni. 


SATURDAY, AUGUST 14, 2010


Terlalu Istimewa
Malam tadi lepas maghrib aku pergi ke Rumah Kebajikan Tengku Ampuan Afzan di Kuantan ni. Pergi untuk mengajar anak-anak kecil disana. Semester lepas aku pernah 2 kali ke sana menjadi cikgu atau tutor mereka. Bukan sebagai cikgu tetap, hanya menggantikan rakan yang tidak dapat hadir. Semester ni pada mulanya aku bercadang untuk menjadi cikgu/tutor tetap tetapi memandangkan banyak komitment lain jadi aku mengambil keputusan untuk bertindak sebagai reserve. Maknanya,jika ada rakan aku yang tidak dapat hadir menjadi cikgu,aku akan ganti tempat mereka.

Masa aku sampai,anak-anak kecil itu berada di dalam surau. Menghabiskan terawih. Sungguh hyper mereka! Sungguh. Sangat hyper. Letih jugak nak menjaga dan melayan. Tapi bila memikirkan nasib yang dialami mereka,aku tunduk simpati.

Selesai terawih,bermulalah sesi pembelajaran. Kali ni,aku mengajar 2 org kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun. Darjah 5. Kalau kalian nak tahu, kebanyakan yang tinggal di sini education level mereka tak macam kanak-kanak seusia dengan mereka. Mereka jauh ketinggalan. Bayangkan darjah 6,nak ambil UPSR tapi masih tidak lancar mengeja dan membaca. Bahasa Inggeris?. Jangan ditanya.

Dan apa yang aku ajar dekat kanak-kanak perempuan tadi?. Aku ajar sedikit bahasa inggeris tapi kemudian mereka give up. Mereka mahu melukis dan mewarna. Aku ikuti kehendak mereka. Ketika mewarna,kami sempat berborak.

“ Akak.Betulkan kalau kita mencuri pun, dosa dia tak teruk macam kita derhaka dekat ibu kita kan?. Sebab syurga bawah tapak kaki ibu. Dan kalau isteri derhaka dekat suami , dosa juga kan akak, sebab syurga isteri bawah tapak kaki suami. Kan akak kan? ”
Aku tersenyum sambil mengangguk. Buat aku terfikir. Walaupun dia tidak sepintar kanak-kanak lain seusia dengannya,tapi aku percaya dia punyai keistimewaan sendiri. Dia lebih matang daripada yang lain. Berada di dalam rumah kebajikan mengajar dia mengenal pahit manis liku kehidupan. Luaran mereka bergelak ketawa,bergurau senda tapi jauh disudut hati aku dapat merasai mereka dahagakan rindu belaian kasih sayang mereka yang bergelar ibu dan ayah.

“Akak. Kitaorang sayang sangat ibu. Kitaorang ade lagu untuk ibu” kanak-kanak perempuan tadi berbicara sambil kemudiannya terus menyanyikan lagu tersebut.

**aku tak dapat nk letak video sebab tak jumpa dah video tu dekat mana.tengok lirik je la.Kalau tak silap lagu ni nyanyian asal Aris Ariwatan.**

Ibu

Satu
Kasih yang abadi
Tiada ditandingi
Dia yang satu

Dua
Sayang berpanjangan
Membawa ke syurga
Kasihnya ibu
Tiga
Lapar dan dahaga
Rela berpayah
Cekalnya ayah

Empat
Mudah kau ketemuku
Kasih selalu
Beza antara kasih dan kekasih

Ibu
Kuingat dahulu
Menyisir rambutku
Permai selalu

Ayah
Menghantarku kesekolah
Bergunalah ilmu
Bila Dewasa


P/s: "Ibu" disini merujuk kepada penjaga mereka di rumah kebajikan tersebut.



"Hidup tidak selalunya cerah. Harus selalu pandang ke bawah agar kita sentiasa bersyukur"

Monday, December 27, 2010

What say you

| The problem with boys.
They make you think they love you when they don’t.
The problem with girls.
They make you think they don’t love you when they do. |



So.Which side is better?. What say you.

Sunday, December 26, 2010

Siapa dahulu?

Saya terjumpa satu khazanah yang tidak lah berapa lama dahulu. Tiga tahun lepas.



Masa mereka muda-muda dulu. Masih kecil dan mentah. Fikiran masih seperti budak-budak. Juga sama dengan tingkah-laku. Tak matang tapi masih waras. Ketika mula-mula memakai uniform oren ini, masing-masing gembira. Pelbagai AZAM, MATLAMAT, PLAN, IMPIAN, RANCANGAN dan termasuklah angan-angan kecil yang ingin gi gapai. Sekarang dah besar panjang. Ada perancangan yang berjaya dan ada juga yang masih belum menunjukkan sebarang petanda. Apa yang jelas, masing-masing kini semakin kenal erti hidup. Pengalaman dan kegagalan masa lampau di jadikan ikhtibar. Mula dengan semangat baru. Paling nyata, semakin bijak mencorak masa depan. Semakin hampir dengan fasa seterusnya.




 Mereka masih berkira-kira siapa yang menjadi yang pertama. Mungkin saya? *senyum*

Wednesday, December 15, 2010

Waiting.Keep on.

Sekadar menyebut beberapa nama. Mereka-mereka yang menjadi bahan bualan ramai ketika ini.
Dalam sekelip mata, nama beliau memuncak. Lately ni pun, boleh di katakan kalau pergi mana-mana mall atau kedai tepi jalan pun boleh dengar ada yang pasang lagu Insha Allah. Sepupu aku yang masih kecil pun galak menyanyi lagu tu. Antara lagu yang cukup popular. Aku mula di introduced kepada lagu Maher Zain kira-kira setahun lepas. Dalam kereta seorang rakan.  First time dengar, terus jatuh cinta esp dengan lagu ‘For the Rest of My Life”. Duk putaq lagu tu ja bila balik bilik. Addicted. Sekarang  Maher Zain dah jadi satu phenomena. Menjadi yang paling atas #1 in the list: Fastest Rising People-Google Top Searches 2010 by Google. Kalah si comel aku tak minat si Justin Bieber dan si pelik tapi lagu best si Lady Gaga dan juga si cantik dan hot Luna Maya. Aku tumpang bangga sebagai seorang Muslim dengan kejayaan Maher Zain. Bagi aku, ini boleh dkira sebagai ‘penganugerahan’ yang  layak utk MZ banggakan dalam lipatan kamus hidup dia. Satu pencapaian di dalam hidup.

Aku kenal dia agak lewat. Selepas dia masuk pertandingan Malaysian Dream Girl. Dia dapat second runner-up. Masa tu aku tak tau pun dia ada blog. Sampailah aku dapat link blog dia dari seorang rakan. Di anugerahkan dengan ketinggian dan wajah rupawan membolehkan dia menjadi model sambilan yang secara tidak langsung mempopularkan inibelogsaya.blogspot.com.  Semakin hari semakin ramai yang ingin mengenali si empunya blog. Hasil tulisan yang sentiasa di nanti pembaca membolehkan beliau menduduki #6 in the list: Fastest Rising People-Google Top Searches 2010. Siapa kata hanya artis dan politician je yang boleh jadi popular. Menjadi seorang blogger pun boleh jadi di kenali ramai di samping dapat jana pendapatan jugak. Amazing bukan?. Tahniah Hanis Zalikha. Sekali lagi, bagi aku, ini boleh dkira sebagai ‘penganugerahan’  yang  layak utk HZ banggakan dalam lipatan kamus hidup dia. Satu pencapaian di dalam hidup.

Dia tak perlu aku ceritakan secara terperinci. Satu Malaya pasti kenal. Aku hanya dengar nama dia ketika zaman kemaruk main Myspace. Tapi tak pernah tengok atau betul-betul dengar lagu dia. Aku kenal dia lepas dia launch EP dia. Kawan aku tunjuk EP tu dekat aku. “Oh,ni ke Yuna”. Lagu Dan Sebenarnya dengan Cinta Sempurna je pun aku tau masa tu. Tapi sekarang she needs no introduction. Bakat yang di kurniakan bijak di rencanakan. Anugerah dan anugerah di genggam. Tengok saja review untuk Love Fashion/Live Music collaboration dengan. Berapa banyak 'Yuna' ada dekat event tu. Lihat review ni dah cukup. Sampai bandmates dia sendiri buat joke tak kenal siapa boss dia sebab sangat ramai yang gadis-gadis cantik yang seakan-akan Yuna. Seorang musician juga seorang fashionista ikutan gadis urban. Sekali lagi, bagi aku, ini boleh dkira sebagai ‘kenangan manis’  yang  layak utk Yuna banggakan dalam lipatan kamus hidup dia. Satu pencapaian di dalam hidup.
 *********
Walaupun berpangkat atuk saudara, tapi arwah cukup rapat dengan ayah dan ibuku. Bermula hanya dengan menjual ketul ais dari rumah ke rumah dan kemudiannya semakin maju. Rezeki di beri Allah di kembangkan ke perniagaan yang lebih besar. Berkat usaha gigih dari bawah tanpa mengenal erti putus asa beliau boleh berbangga dengan hasil usahanya kini. Dari seorang penjual ais batu menjadi seorang pelakon, penerbit dan pengarah filem, seorang politician dan menjadi seorang  bussinessman yang berjaya. Walaupun beliau sudah tiada, perjuangan yang di tinggalkan menjadi satu semangat untuk anak-anak beliau meneruskan legasi. Abangku juga turut ‘mencuri’ semangat kental arwah Tok Teh untuk terus kekal menjadi seorang juruaudit sebelum bergelar akauntan walaupun pernah di tentang hebat oleh ibu dan ayahku. Bagi aku, membaca keratan akhbar ini cukup untuk membuktikan betapa beliau sudah mencapai satu tahap yang boleh di banggakan sebelum beliau pergi mengadap ilahi. Aku sanggat berbangga menjadi sebahagian daripada keluarga besar arwah. Satu pencapaian di dalam hidup. Al-Fatihah.

Aku pasti ramai lagi di luar sana yang sudah mencapai satu tahap membanggakan di dalam hidup. Tahniah kalian. Teruskan berusaha untuk mencapai 'sesuatu'.

Timbul satu persoalan dalam diri aku. Bila mungkin aku akan capai satu tahap yang boleh aku banggakan sepanjang hidup aku?. Usia semakin lanjut, aku tidak punya banyak waktu. Tapi aku masih di kaki bukit, belum menyinggah di tengah bukit apatah lagi mahu berada di puncak. 

Saturday, December 4, 2010

Henry vs CSugiono

Walaupun gue ngak ngerti sangat apa yang di ngomongnya, tapi gue tetap teguh membaca dan memahami setiap patah yang di tulisnya. Gambar-gambar lo memang keren banget!!. Bikin gue sudah jatuh cinta sama lo. Tapi lo sudah punya pacar. Eh bukan cewek, tapi isteri. Aduh. Sudahlah lo itu ganteng sekali, isteri pula cantik bugi gitu. Jeles gue. Bisa ngak kita ketemu mas? Gue mahu lo itu jadi fotographer gue nanti. Bisa ya mas. Bisa ya. Gue lagi ngikuti lo di twitter. Aduh. Susah bangat gue mau ngerti apa yang lo itu tulisin. Ngak apa dong, gue ini tegar bangat. Gue tetap terus nyapoting lo. Sukses selalu ya mas!. Cewek Jakarta, kamu itu lagi tolongi gue ya. Ayuh, tolongi gue ya.:)
 




Udah gue bilang. Gambarnya keren!! Pic credit: CSugiono


Kalau Malaysia ada Henry Golding, Indonesia ada Christian Sugiono. Apa kaitannye?.:D

Friday, December 3, 2010

"Saya Natrah bukan Maria"

 I know nothing about Natrah. Yes. I did my google on Natrah but only after i came back from watching it. "oh macam tu ke ceritanye".:)







Seat betul2 tengah hall. Tak bawah sgt, tak atas sekali. Just nice in the middle. Tapi tak sedar diri rabun dan silau. Gatal terlupa bawak spek mata. Terkebil-kebil kau bukak mata luas-luas nak kenal watak setiap pelakon. Padan muka dekat duit kau.
The producer. Erma Fatima. All the casts were good!. Worth watching. 
You will definitely fall in love with this man after watching his dancing. Ouch, so adorable man!! But don't simply go for natrah just to watch his 'Bollywood 'as he quoted at Twitter 


Thursday, December 2, 2010

Master everything. Internet esp.

Search box Google:

Instead of typing

anwar ibrahim.com

she went

anwar ibrahimdotcom



See. How cute mom can be. I love you Mak. So much. <3