Search This Blog

Monday, November 1, 2010

Jangan tipu. Tak baik.

Lumrah bila bergelar student. Kena tempuh fasa peperiksaan. Perkara paling aku nak cepat muncul. Sebab tak sabar nak cuti semester, bukan sebab seronok nak jawab exam.
Lumrah juga,bila masuk je study week masing-masing akan sibuk.

Dan soalan yang confirm akan di tanya atau aku yang tanya orang ialah : “ kau dah habis study?” atau “banyak dah bace?” atau “brape chapter dah baca?” dan macam-macam lagi yang sewaktu dengannya.

Jawapan yang confirm diorang akan jawab atau aku yang jawab seperti : “belum.banyak lagi tak baca” atau “tak baca pun lagi chapter tu” atau jawapan yang paling standard : “aku tak start study lagi pun.asyik tidur dgn online je”.

Ah. Semua tu jawapan selamat. Ye ke tak start study lagi?. Ye ke tak sentuh langsung notes-notes tu?.  Bohong. Aku tak percaya. Ini semua dusta belaka. Tak baik weh tipu diri sendiri. Haha. Especially bila tanya dekat kawan-kawan perempuan. Mulut mereka akan cakap macam tu, tapi sebenar-benarnya tidak. Setakat ni aku jarang lah jumpa orang yang akan cakap : “dah habis baca dah semua” atau “aah.habis dah study” atau “aku tak sabar nak jawab exam esok!”.

Dah, cukup. Even korang cakap tak start study, sepatah haram pun aku tak percaya. Btw, situasi ni applicable untuk mereka-mereka yang ada final exam pada keesokan harinya. Maknanya tinggal lagi 24 jam sebelum jarum jam berdetik dan minutes-minutes sebelum invigilator akan bersuara:  “this is 3 hours paper.you may start now”.

Secara logik. Dah nama pun final exam, pepreriksaan akhir semester ye bukan quiz,bukan mid-semester exam. Tapi FINAL EXAM!!.  Ada ke orang akan study sungguh last minutes?. Okay, maybe ade bagi sesetengah orang yang gifted. Bagi 1 jam je untuk study,boleh score A untuk final. Tapi sungguh rare untuk jumpa.

Jadi, lepas ni kalau korang ade exam esok hari dan kena tembak dgn soalan sebegini, tolonglah jangan tipu diri sendiri. Jawab je dengan muka confident “dah habis!” atau sopan sikit “Alhamdulillah,dah habis study.tinggal nak revise je” . Kan sejuk hati bila dengar. Somehow,aku rase lagi memotivasikan diri. Hehe. Tapi korang jangan cakap dekat aku sebab kalau aku dengar jawapan macam tu,aku akan meronta-ronta ketakutan. Lalaalala.
So,sesiapa yang tanya aku soalan-soalan berbaur peribadi seperti ni aku aku dah tak nak  tipu dah. Kalau orang tanya aku. Aku akan cakap “ Dah habis baca,tapi apa pun aku tak ingat”. See. Kan jujur jawapan aku.^_^

Selamat Maju Jaya semua!!
Semoga dapat belajar dengan tenang. Semoga dapat ingat semua yang di baca. Semoga dapat lupa sejenak  segala anasir-anasir negative yang buat korang jauh dari buku. Semoga korang dapat tidur nyenyak walaupun esok exam pagi. Semoga bila bukak  je soalan,korang akan senyum dan terus jawab dan blah awal dari dewan peperiksaan. Semoga bila result keluar nanti,korang akan senyum lebar melompat kegembiraan: “ Yes!.Aku dapat 4 flat!”.


Ameen.


chop!


Kalau masa exam nanti, korang di tanya pasal proses photosintesis aku sertakan sekali formula untuk bagi korang senang ingat. Aku aplikasikan semasa zaman matrikulasi dulu. Formula terbaik hasil modifiaksi hebat seorang rakan baikku. Jangan lupa cuba ya.





P/s: Oh ya. Sebelum terlupa, sumpah. Aku excited sangat. Next week bakal keluar tv okay! Yaaa hhh ooooooooo.Oh,senangnya dalam hati. Bye.

4 comments:

Zulikha Syed said...

cam mana boleh kuar tv?? *jeles jeles*

. said...

byk x oil nany produce..hahaha..:)
all the best!

Anonymous said...

sabar sabar

kahkah!

:pinky

Enriuel said...

Zue,
Adalah. Jangan lupa tengok muka kawan anda sorang ni tau. Details,nt saya naik banner. :)

Beeha,
Eleh beeha. Anda pun ada pada hari kejadian formula itu terhasil ye.haha.all the best jugak!!.:)

Pinky,
Heyp,senyap lah. Nanti kantoi. Wink!