Cuti semster yang ada perlu gunakan SEPENUH-PENUHNYA. WAJIB. Bila lagi nak berehat puas-puas kan. Dalam erti kata lain qada' tidur. Maklumlah masa dekat university, tidur pun lambat mengulangkaji pelajaran. Bangun pula awal pagi pergi class. Cuti pun bukannya lama sangat (bagi aku). Sekali lagi di ingatkan, perlu manfaatkan SEBAIK-BAIKNYA.FARDHU.
Tetapi harus berjaga-jaga. Jangan extreme sangat berehat dan golek-golek atas katil. Sampai mak pun rindu nak tengok muka anak-anak dia di waktu hening pagi. Susah nak tengok anak berjaga selepas subuh. Nanti dah start semester baru, mak dah tak dapat tengok muka anak-anak selalu. Jadi,masa cuti ni lah peluang terbaik untuk mak bermanja dan bergurau mesra dengan anak-anak.
Ada yang lagi super extreme, bangun bila matahari dah meninggi. Pulak tu. Bangun-bangun terus pergi dapur cari makanan. "Amboi. Macam anak raja". Mak aku selalu keluarkan ayat ni. Lepas perut dah kenyang tup tup lesap hilang dari rumah. Lewat petang atau malam baru nampak muka di rumah. Terus sambung mengadap laptop berjam-jam macam dah takde kerja lain sampai lewat pagi dan kadang-kadang sampai azan Subuh. Rutin yang sama di aplikasikan untuk hari esok dan seterusnya.
Mana ada mak yang tak bising. Penat fikir cara nak impress mak. Terpancul satu strategi.
"OKAY. ESOK KITA BANGUN LAGI AWAL DARI MAK"
Awesome!!. Seorang budak bagi satu cadangan yang sungguh bernas. Tapi mustahil untuk di lakukan.
Dan kenapa aku stresskan dekat mak je dan bukan ayah. Sebab obviously mak lagi care dengan hal kebajikan anak-anak. Syurgakan di bawah tapak kaki ibu. Ayah pulak care pasal hal kewangan anak-anak cukuplah. Haha.
P/s: Cerita dalam entri tiada kaitan dengan aku. Cuma relate kan dengan situasi semasa. Kalau ada kaitan pun, itu aku yang dulu-dulu-dulu-dulu-dulu. Masa cuti semester first year, first semester. Dah lama dah. Yang lama jangan di ungkit. Tak elok. Sekarang dah besar, dah matang. **senyum sampai telinge**
1 comment:
macam aku je~
hahhaha...=p
Post a Comment