Search This Blog

Monday, November 29, 2010

Be moderate. In everything.

      When you do something, do it right. Be your own leader.

Aku sangat tak berpuas hati kalau

1) Bila individu itu sejak azali termaktub kaya-raya atau mempunyai penjaga yang memang tip top keliling pinggang penuh dengan duit. Tapi boleh dapat sponsor dari segala bentuk segi dengan sewenang-wenangnya.( tak kisah la dari segi education ke tunang ke merisik ke kahwin ke reception ke bday party ke private party ke dan etc). Sponsorlah kepada yang lebih memerlukan.

2) Bila individu itu sejak dari usia muda iaitu di awal usia satu tahun sudah didedahkan atau  gatai nak berjinak-jinak mengenal apa itu myspace, facebook, farmville, playstation, dota, blackberry, iphone, ipad,macbook atau segala bentuk jajahan minda yang kurafat ini. Ok. Peredaran semasa. Tak boleh salahkan 100%.

3) Bila inidividu itu sejak di limpahkan rezeki oleh Allah, menjadi super jelita/kacak dengan tiba-tiba tetapi berlagak nak mampus sampai lupa dahulu dia tu lagi la tak lalu nak pandang pun. Ingat, segala apa yang ada di dunia hanya sementara. Ini yang pasti.

4) Bila inidividu itu sejak menjadi terkenal dan di kenali satu kawasan,daerah,negeri atau dunia bertukar menjadi angkuh,sombong,riak angkara hasutan syaitan durjana.

5) Bila inidividu itu sejak mempunyai masa lapang, asyik sungguh duk mengunyap,meng
igit,menelan sahaja. Lagak seperti mangsa kebuluran. Kalau memang kebulur takpe. Yang ini 50% macam aku.

6) Bila inidividu itu sejak berat badan naik mendadak asyik duk merungut dan membebel nak kurus! nak kurus! nak kurus! tapi langsung takde inisiatif nak kurus. Loser. Yang ini 100% macam aku.

7) Bila individu itu sejak dah memasuki alam dewasa bertukar hormon gatai nak belek-belek gambar/majalah/web kahwin dan kalau boleh sepertinya mahu kahwin esok. Tapi duit nak sara diri sendiri pun belum tentu cukup. Yang ini aku tak nak tulis berapa % macam aku. Sulit.

8) Bila individu itu sejak berkerjaya, mempunyai tunang atau mempunyai pasangan hidup, hanya ada masa limited untuk mereka-mereka yang masih solo steady yang masih lagi dengan campus life. Yang ini 110% terjadi pada aku.

dan number 9 paling aku sangat sangat sangat tak berpuas hati

Bila individu itu sah-sah Melayu atau Islam tapi apehal pulak pilih individu dari berlainan agama sebagai pasangan. Chop, kalau niat nak tarik masuk Islam ok fine then. Suci murni niat dan amat di tuntut agama. Proceed. TAPI
Kalau nak amoi cantik sebagai gf,nak gadis hitam manis bertanda di tengah tahi sebagai partner, nak babe putih melepak speaking mat salleh sebagai bini dengan niat nak tayang satu dunia yang kau hot gila dapat amoi cina. meletups habis dpt partner indian, cool habis dapat bini orang putih tolonglah jangan. Tak hot pun weh!. Lagi teruk bila siap terikut sampai pergi masuk club bagai dan teguk arak dan siap publish gambar tak lalu nak tengok dekat semua orang. Yes,in the first place orang akan terpegun but the truth is kau akan di maki dengan sekejam-kejamnya.


My only perceptions. If there are words which might hurt, i am sorry.


P/s: Dapat gold medal but perangai tak berapa tak nak gold aku tak respect. Sorry dude.

Saturday, November 27, 2010

Time is running out

Cuti semster yang ada perlu gunakan SEPENUH-PENUHNYA. WAJIB. Bila lagi nak berehat puas-puas kan. Dalam erti kata lain qada' tidur. Maklumlah masa dekat university, tidur pun lambat mengulangkaji pelajaran. Bangun pula awal pagi pergi class. Cuti pun bukannya lama sangat (bagi aku). Sekali lagi di ingatkan, perlu manfaatkan SEBAIK-BAIKNYA.FARDHU.

Tetapi harus berjaga-jaga. Jangan extreme sangat berehat dan golek-golek atas katil. Sampai mak pun rindu nak tengok muka anak-anak dia di waktu hening pagi. Susah nak tengok anak berjaga selepas subuh. Nanti dah start semester baru, mak dah tak dapat tengok muka anak-anak selalu. Jadi,masa cuti ni lah  peluang terbaik untuk mak bermanja dan bergurau mesra dengan anak-anak.

Ada yang lagi super extreme, bangun bila matahari dah meninggi. Pulak tu. Bangun-bangun terus pergi dapur cari makanan. "Amboi. Macam anak raja". Mak aku selalu keluarkan ayat ni. Lepas perut dah kenyang tup tup lesap hilang dari rumah. Lewat petang atau malam baru nampak muka di rumah. Terus sambung mengadap laptop berjam-jam macam dah takde kerja lain sampai lewat pagi dan kadang-kadang sampai azan Subuh. Rutin yang sama di aplikasikan untuk hari esok dan seterusnya.


Mana ada mak yang tak bising. Penat fikir cara nak impress mak. Terpancul satu strategi.


"OKAY. ESOK KITA BANGUN LAGI AWAL DARI MAK"


Awesome!!. Seorang budak bagi satu cadangan yang sungguh bernas. Tapi mustahil untuk di lakukan.
Dan kenapa aku stresskan dekat mak je dan bukan ayah. Sebab obviously mak lagi care dengan hal kebajikan anak-anak. Syurgakan di bawah tapak kaki ibu. Ayah pulak care pasal hal kewangan anak-anak cukuplah. Haha.



P/s: Cerita dalam entri tiada kaitan dengan aku. Cuma relate kan dengan situasi semasa.  Kalau ada kaitan pun, itu aku yang dulu-dulu-dulu-dulu-dulu. Masa cuti semester first year, first semester. Dah lama dah. Yang lama jangan di ungkit. Tak elok. Sekarang dah besar, dah matang. **senyum sampai telinge**

Wednesday, November 24, 2010

Aidiladha.Korban.

Where should start eh? Been neglecting enriuel for quite sometime. Reason?. Malas. Sibuk duduk depan tv support team Malaysia. Siapa yang tak tau. Jangan jadi loser. Sekarang Sukan Asia tengah rancak berlangsung di Guangzhou.

Aidiladha was over last week. I spent about a week at kampung. It was awesome! As what I mentioned in the previous post,we had korban a day after Aidiladha. But no kambing.
“ Tokwan sembelih lembu. Kambing tak mau keluar kandang”. That’s what tokwan explained. He’s such a funny person eventhough we hardly talk to the each other. Being among the eldest cucu,as usual Ive got so many things to be settled. I didn’t sleep after subuh which I don’t used to. Okay. Ini pengakuan jujur ni. Ceh,jatuh saham beb. Ahh  whateve.
I started my duty at 8 in the morning. The first pit stop was dapur. Oh before that,no catering for this kenduri. What u expect when kenduri was held at kampung kan. Plus,kampung aku is 100% pure kampung. Ill put up pictures later(if there’s few la.no promise). We had gotong-royong in the early morning.Orang kampung datang and makcik-makcik handling the potong-potong bawang,cili,timun and etc while pakcik-pakcik conduct the korban and masak-masak for the kenduri.  I wasn’t able to witness the sembelih part since I was super busy at dapur. Luckily,lil bro took some pics and video. I think the last time we had korban was 2 years back. So,we were pretty much excited with this year Aidiladha.
To cut this short,I wanna share something. For God sake,I shoudn’t write it here. But I just don’t care. Sharing is caring kan?. Aha. Please don’t laugh at me tau.

Lokasi: Dapur rumah Tokwan
There was one makcik asked me to cut the timun. Timun untuk sambal belacan. At first,i was alone. Just me myself. No one else untill my sis came and help me. 15 minutes later that makcik pulak came and join us.
“ Baru 4 je.Pukul berapa nak siap ni anak oi”
Fuh. Tercabar gila. I was speechless. Nak buat ape,dah mmg agak terkial2 potong. My sis and I were looking at each other and i knew deep inside she also felt the same thought like me. Haha.I get the knife and start with the potong-potong. I continued on my work. Then,I saw that makcik potong the timun with different way/style like what I did. “ Oh.Kena buat macam ni ye?. Kenapa mak tak pernah pun buat or ajar?”. Hesitation suddenly appeared. Being so la innocent , I followed the way  that makcik cut the timun. Again. Aku dimalukan!!.
“ Buat macam tu bukan dekat situ nak. Dekat hujung bawah lagi tu. Yang situ yang bergetah. Yang ni takde bergetah”.
*&%4!!!!. Malu lagiiiii. And kali ni makcik tu siap senyum sambil geleng-geleng kepala. Only God knows my feeling at the moment. Rasa nak campak pisau dan blah dari situ. Like sriously okay!!!. Fine. Makcik,I am just twenty while you are sixty. So,obviously you gain much experience than me. Jangan la hentam saya macam tu sekali. (Alasan alsan dan alsan.teehee)

Okay la. I am sleepy now. Wanna write more but keep that for the next post. Have a great holiday peeps!


Nah,as promised. Just a few je. Tak rajin nak upload banyak2 walaupun ade beratus gambar.


                                                 Wah. This is my superhero!!
                                                           I made the api.^_^

Haa.ada gaya orang jual daging tak?

Cousins and orang kampung.

I captured this pic from window.

Hasil titik peluh ku.fuh!

Yasin.


P/s: Ya. Sepanjang cuti ni,aku akan cerita segala perkara/event yang aku jalani sepanjang cuti semester yang aku ada ni.

Tuesday, November 16, 2010

Aidiladha

"Tokwan kalau boleh nak sembelih unta. Tapi susah nak dapat. Jadi, Tokwan sembelih 2 ekor kambing tahun ni "


Meriah raya korban aku tahun ni u olls.:)


Heading back to kampung in just minutes.


Wishing u all,

SELAMAT HARI RAYA HAJI.
SELAMAT MENJALANI IBADAH KORBAN
HAVE A BLESSED AIDILADHA.

Sunday, November 7, 2010

Terlalu.Sangat rindu


Insan-insan yang buat aku jadi rindu setiap saat. Kalah pasangan yang bercinta.








Rindu yang ni jugak.^_^. Auww.*blushing*

Ready?

1

2

3

............





  
Untuk yang hantar email.Thanks! Tak sangka ada silent reader baca blog aku. Phew!. Nak tau En.Artis kan?. Atas ni la En.Artis. Pergi lah google siapa dia. Ada jodoh,dapat tau siapa. Haha. Maaf, tak boleh reveal siapa En.Artis terang-terangan. Sebab nanti kena bahan. Sorry.




P/s: Dah keluar tv jumaat malam haritu. Tapi aku tak dapat tengok diri sendiri. Frust!

Friday, November 5, 2010

Tenang.Jgn Serabut

Kawan baik aku pernah cakap 

" Masa dekat university ni lah, kita kena sentiasa ready untuk terima panggilan telefon atau sebarang perkabaran berita yang mendukacitakan "

Ya. Memang Betul.
Semoga Allah permudahkan segala urusan. 
Ayah, cepat sihat. Ameen


Bila serabut, jiwa dan emosi jadi hingar. Akan suka pasang video ni.



Monday, November 1, 2010

Jangan tipu. Tak baik.

Lumrah bila bergelar student. Kena tempuh fasa peperiksaan. Perkara paling aku nak cepat muncul. Sebab tak sabar nak cuti semester, bukan sebab seronok nak jawab exam.
Lumrah juga,bila masuk je study week masing-masing akan sibuk.

Dan soalan yang confirm akan di tanya atau aku yang tanya orang ialah : “ kau dah habis study?” atau “banyak dah bace?” atau “brape chapter dah baca?” dan macam-macam lagi yang sewaktu dengannya.

Jawapan yang confirm diorang akan jawab atau aku yang jawab seperti : “belum.banyak lagi tak baca” atau “tak baca pun lagi chapter tu” atau jawapan yang paling standard : “aku tak start study lagi pun.asyik tidur dgn online je”.

Ah. Semua tu jawapan selamat. Ye ke tak start study lagi?. Ye ke tak sentuh langsung notes-notes tu?.  Bohong. Aku tak percaya. Ini semua dusta belaka. Tak baik weh tipu diri sendiri. Haha. Especially bila tanya dekat kawan-kawan perempuan. Mulut mereka akan cakap macam tu, tapi sebenar-benarnya tidak. Setakat ni aku jarang lah jumpa orang yang akan cakap : “dah habis baca dah semua” atau “aah.habis dah study” atau “aku tak sabar nak jawab exam esok!”.

Dah, cukup. Even korang cakap tak start study, sepatah haram pun aku tak percaya. Btw, situasi ni applicable untuk mereka-mereka yang ada final exam pada keesokan harinya. Maknanya tinggal lagi 24 jam sebelum jarum jam berdetik dan minutes-minutes sebelum invigilator akan bersuara:  “this is 3 hours paper.you may start now”.

Secara logik. Dah nama pun final exam, pepreriksaan akhir semester ye bukan quiz,bukan mid-semester exam. Tapi FINAL EXAM!!.  Ada ke orang akan study sungguh last minutes?. Okay, maybe ade bagi sesetengah orang yang gifted. Bagi 1 jam je untuk study,boleh score A untuk final. Tapi sungguh rare untuk jumpa.

Jadi, lepas ni kalau korang ade exam esok hari dan kena tembak dgn soalan sebegini, tolonglah jangan tipu diri sendiri. Jawab je dengan muka confident “dah habis!” atau sopan sikit “Alhamdulillah,dah habis study.tinggal nak revise je” . Kan sejuk hati bila dengar. Somehow,aku rase lagi memotivasikan diri. Hehe. Tapi korang jangan cakap dekat aku sebab kalau aku dengar jawapan macam tu,aku akan meronta-ronta ketakutan. Lalaalala.
So,sesiapa yang tanya aku soalan-soalan berbaur peribadi seperti ni aku aku dah tak nak  tipu dah. Kalau orang tanya aku. Aku akan cakap “ Dah habis baca,tapi apa pun aku tak ingat”. See. Kan jujur jawapan aku.^_^

Selamat Maju Jaya semua!!
Semoga dapat belajar dengan tenang. Semoga dapat ingat semua yang di baca. Semoga dapat lupa sejenak  segala anasir-anasir negative yang buat korang jauh dari buku. Semoga korang dapat tidur nyenyak walaupun esok exam pagi. Semoga bila bukak  je soalan,korang akan senyum dan terus jawab dan blah awal dari dewan peperiksaan. Semoga bila result keluar nanti,korang akan senyum lebar melompat kegembiraan: “ Yes!.Aku dapat 4 flat!”.


Ameen.


chop!


Kalau masa exam nanti, korang di tanya pasal proses photosintesis aku sertakan sekali formula untuk bagi korang senang ingat. Aku aplikasikan semasa zaman matrikulasi dulu. Formula terbaik hasil modifiaksi hebat seorang rakan baikku. Jangan lupa cuba ya.





P/s: Oh ya. Sebelum terlupa, sumpah. Aku excited sangat. Next week bakal keluar tv okay! Yaaa hhh ooooooooo.Oh,senangnya dalam hati. Bye.