Search This Blog

Friday, October 22, 2010

Kahwin

Seronok bila duduk bersembang bersama kawan-kawan yang berlainan status dengan diri. Status dekat sini merujuk kepada individu-individu yang sudah di ‘ikat’. Atau dalam erti kata lain sudah bergelar tunangan atau sudah sah menjadi milik seseorang. Yang in a relationship belum boleh masuk  kategori ni lagi.

Seriously!! Memang fun habis. Boleh meleret sampai tengah malam especially bila masing-masing start bercerita pasal relationship mereka. Aku belum masuk dalam kategori ni,jadi aku hanya menadah telinga mendegar. Khusyuk tau. Haha

Dalam perbualan tadi, 2 org kawan aku baru bertukar status Syawal lepas. Both majlis aku tak attend. Sape suruh buat bulan Syawal. Orang sibuk nak raya lah kan. Nanti  majlis aku. aku nak buat bulan September.


Intipati perbualan banyak berkisar tentang relationship mereka. Soalan biasa yang akan di tanya seperti :

1)      Macam mana boleh kenal dia?
2)      Dah lame ke dengan dia?
3)      Dia orang mane?
4)      Dia sebaya kita ke?
5)      Dia belajar lagi ke? or dah kerja?
6)    Dia hensem tak? Gaji berapa? Kaya tak? Ada kereta tak? Kereta ape? Rumah dia ada berapa bijik? Parents dia loaded tak?


Eh silap silap. Number 6 tu tipu. Tu soalan yang aku nak tanya tapi tak tertanya. Gila nak tanya soalan macam ni. Sungguh takde adab melayu kalau tanya.  Aku bukan materialistic. Aku realistic je.

Paling interesting bila dah masuk bab kenduri.Dari preparation nak buat majlis kahwin sampailah ke adat resam yang diamalkan mengikut keturunan dan negeri masing-masing. Pendekkan cerita , salah sorang kawan aku tadi tu orang Jawa . Disebabkan aku cetek pengetahuan tentang majlis kahwin orang Jawa,jadi aku pun tanya lah macam-macam soalan dekat dia. Mane tau nanti dapat orang Jawa ke. Boleh la aku bayangkan majlis kahwin aku macam mana. Haha

Jadi,dia pun start bercerita. Semua khusyuk dengar sebab kami bukan orang Jawa. Aku tertarik bila dia cakap yang “ kalau orang Jawa kahwin,kenduri buat 3 hari”. Ulang suara, 3 hari tau!. Aku pun ternganga. Tiga hari. Setiap hari ade kenduri tau. Memang meriah mak ngah. Selalu family members aku kahwin, kenduri usually satu hari je for our side.  If extra pun, just kenduri kecil-kecil untuk family members je mase khatam quran atau mase akad nikah.The real kenduri and sanding satu hari je la. Tapi bak kata si pencerita,orang Jawa punya kenduri 3 hari. Kalau hari Jumaat tu nikah,kenduri dah start hari jumaat. Hari Sabtu pun ade kenduri bagi siapa yang jauh-jauh or yang tak boleh datang mase hari sanding pada hari Ahad.Hari Ahad mestilah lagi berduyun-duyun orang datang. And sebelah malam pulak,ada “Malam Muda Mudi”. Seperti namanye,pesta ni untuk golongan muda and usually kawan-kawan mempelai. So,basically majlis kahwin orang Jawa ni 3 hari 3 malam. Ini yang di explen oleh kawan aku tadi. Meriah ke tak meriah?

And kalau korang nak tau,pasangan atau tunang kepada kawan aku ni pun orang Jawa. 

Bayangkan.

Sebelah pihak je dah ade 3 kenduri/majlis. Campur dengan sebelah pihak lagi. 3+3=?
Bayangkan. Enam tuh!.  Penat okay nak control attitude,nak control sopan santun,nak kena ucap “terima kasih datang!” dekat setiap tetamu yang dtg kenduri. Ni belum kira part kena control face expression supaya photographer dapat shot candid yang cantik meletops lagi wow.



Tengok.


Payah ke tak payah?.  Ingat senang nak jadi Raja Sehari?

3 comments:

Dammit said...

Nak bayar photographer lagi. haha.

Enriuel said...

Dammit photographer berlagak,
Aah.Betul. Tapi takkan bayar dammit. haha

نور فضيلا said...

mcm kenal je org jawa tu..n dengan pasangannnye sekali..haha