Search This Blog

Friday, June 24, 2011

Ragam manusia

Ya. Bermacam ragam. Hati orang lain-lain. Citarasa pun berbeza. Apatah lagi peribadi diri seseorang. Ada yang mudah menzahirkan, melafazkan atau meluahkan apa sahaja yang mereka rasa. Ada juga yang sebaliknya. Sukar untuk setiap tiga kriteria ini.


Walau serapat mana dia dengan sesorang, mustahil bagi dia untuk melakukan tiga kriteria di atas kalau dia ini berada di dalam kategori yang sebaliknya. Segala-gala tampak sukar. Apa yang mampu, hanya pendam dan simpan. Bukan tidak pernah cuba untuk melawan tiga kriteria ini. Pasti pernah. Namun, hasilnya pasti negatif. Apa lagi mampu di lakukan? Kamu yang berada di dalam kategori seperti ini pasti dapat merasai sebenar-benar perasaan apabila tidak memiliki tiga kriteria ini.


*
*
*


" Tak nak salam mak ke? "


Dia ketap bibir sambil mencium tangan ibunya. Pada masa yang sama dia kuatkan hati, hembusan nafas terpaksa di tahan demi untuk tidak membenarkan walau setitik air mata jatuh. Cepat-cepat dia membuang pandangan ke arah lain supaya mata yang berkaca tidak dapat di lihat oleh mereka di sekeliling. Mana mungkin seorang anak tidak mahu mencium tangan, memeluk erat ibunya sendiri di tambah apabila berada di dalam keadaan sebegini. Dia cuma berdepan satu halangan. Dia bukan seorang yang mudah menzahirkan segala-galanya. Walau dengan kawan rapat mahupun adik-beradik, dia seorang yang bukan mudah untuk becerita perkara yang berkaitan diri. Seorang yang perahsia?. Mungkin. Untuk menzahirkan kata 'sayang' pada ibu dan ayah pun berat untuk membuka mulut apatah lagi perkara yang lain. Sekadar menulis perkataan itu di sms, itu sahaja yang dia mampu. Entah. Sungguh sukar bagi dia untuk menzahirkan apa sahaja. Tapi percayalah jauh di sudut hati dia benar-benar memaksudkan setiap apa yang dia tulis mahupun terkurung di dalam walaupun dia gagal menzahirkannya dengan perbuatan.


" Esok kalau tak penat baru datang tengok mak. Doakan mak cepat keluar wad."




Dia berlalu meninggalkan katil itu sambil masih menahan air mata daripada jatuh.




Dia adalah aku.