Search This Blog

Sunday, June 12, 2011

kapal terbang kertas

Dia letak bag atas meja. Kemudian tukar kasut dan menyarung lab coat. Aku senyum kelat. Hint kerana waktu dia sampai seperti dia adalah boss besar di syarikat. Lalu dia menyapa aku sambil bertanya khabar. Perbualan pun bermula.


"Haa, aku nak tanya. Perempuan tau tak kalau kita suka dia?. Kira macam kalau aku suka kau, kau tau tak aku suka kau?"

Aku kaget. Ape hal pagi-pagi terus tanya soalan ni. 


Aku hanya mampu senyum dan gelak. Berlagak macam kaunselor, aku pun beri jawapan dari persepsi aku sebagai perempuan. Apa yang aku tau, aku kongsikan.


" Kenapa tanya?. Dah ade gf pun nak suka orang lain ke?. Ni yang mak tak suka ni "


Aku bertanya. Oh, dia memanggil aku sebagai mak dan dia pula sebagai anak aku. Lekat pulak panggilan tu. Mula-mula hanya sekadar gurauan.


"Takde la mak. Saje je nak tanya. Sebab aku gf sekarang, die tak tau pun yang aku suka dia  dulu masa ktorg belum declare"


Ermm ye ke?. Aku sedikit musykil. Kemudian, dia menyambung.


"Sebab aku tak bagi hint langsung dekat dia kot. Haha. Jalan pantas, approach je terus. Nasib baik dapat"


Kami sama-sama gelak. Gila advance budak sorang ni. Sebelum kami kembali ke department masing-masing dia kemukakan satu lagi persoalan.


"Kau dah dapat tak jawapan? Betul tak aku cakap?"


Aku blur. Jawapan?. Aku refresh ingatan. Aku senyum meleret.


Sebab semalamnya, aku pun tanya soalan yang sama dekat dia. :). 
( Tukarkan kepada versi perempuan yang bertanya kepada lelaki.)


********
Dah masuk 20-an. Dah hampir menamatkan pengajian. Memang selalu bermain dengan emosi. Setuju?.  Tambah-tambah sekarang musim orang bertunang dan kahwin. Asal on facebook, mesti ade album wedding. Bila lah agaknya tengok album wedding tu keluar muka aku? Haha.


Dan aku teringat masa zaman baru nak membesar, main kasi-kasi lagu dekat 'kawan'. Sumpah lawak bila ingat balik. Memang budak-budak.


Tolonglah angin 
  Bawa kapal terbang kertasku
  Kepadanya
  Supaya ternyata jelas
  Isi hati ku,,,,,,,," 





Agak-agak kalau aku pakai cara oldschool macam ni menjadi tak?. Haip haip. Sekarang bukan zaman 90-an. 

4 comments:

perindu_خلافة said...

bahaya!! takut2 kapal terbang salah landing.. dia pergi kat orang lain plak >_<

{she-who-must-not-be-named} said...

@rizQan: hahahahaah..ade ke slah landing.

@nany:kiut gila guna kapal terbang.aku masa kck2 dulu suka diam2 je.tapi orang aku suka, suka kat kwn baik aku. bila ingat balik,gelak je =.=

man said...

sekarang pakai helicopter. baru leh try fasha sekali. huahua

athinabiha said...

nany yus da kawen..so mulai skarang i need to open new book..and koyak2 kn buku lame..hehe..maybe oldschool way lebih better..ehehehe..nape ade nk bg sape2 love letter ke..weK!