Search This Blog

Saturday, June 25, 2011

A friend of mine


Nur Adilah binti Mohamed Rosli



Kekla, you are an amazing friend. May Allah bless and warmth on you in all walks of life. May your dreams come true, may all your desire be fulfilled. Thanks for the friendship we share. Thank you for always standing by my side whenever i need you, always. Have an awesome birthday, and sweet 23 buddy! I LOVE YOU  SO MUCH bestfriend, you are the best thing thats ever been mine.




And this probably be the last one before your journey begins.

                     A year older on 15th June.


                                                                Birthday surprise on 17th June.


Through hard and pain,you are there for me. For all the memories, thank you, thank you and thank you. I wish you all the best for your future. As you know, all your keks will always support you. Looking forward to meet you somewhere 'there' next year. Amin.

                                                     

Friday, June 24, 2011

Ragam manusia

Ya. Bermacam ragam. Hati orang lain-lain. Citarasa pun berbeza. Apatah lagi peribadi diri seseorang. Ada yang mudah menzahirkan, melafazkan atau meluahkan apa sahaja yang mereka rasa. Ada juga yang sebaliknya. Sukar untuk setiap tiga kriteria ini.


Walau serapat mana dia dengan sesorang, mustahil bagi dia untuk melakukan tiga kriteria di atas kalau dia ini berada di dalam kategori yang sebaliknya. Segala-gala tampak sukar. Apa yang mampu, hanya pendam dan simpan. Bukan tidak pernah cuba untuk melawan tiga kriteria ini. Pasti pernah. Namun, hasilnya pasti negatif. Apa lagi mampu di lakukan? Kamu yang berada di dalam kategori seperti ini pasti dapat merasai sebenar-benar perasaan apabila tidak memiliki tiga kriteria ini.


*
*
*


" Tak nak salam mak ke? "


Dia ketap bibir sambil mencium tangan ibunya. Pada masa yang sama dia kuatkan hati, hembusan nafas terpaksa di tahan demi untuk tidak membenarkan walau setitik air mata jatuh. Cepat-cepat dia membuang pandangan ke arah lain supaya mata yang berkaca tidak dapat di lihat oleh mereka di sekeliling. Mana mungkin seorang anak tidak mahu mencium tangan, memeluk erat ibunya sendiri di tambah apabila berada di dalam keadaan sebegini. Dia cuma berdepan satu halangan. Dia bukan seorang yang mudah menzahirkan segala-galanya. Walau dengan kawan rapat mahupun adik-beradik, dia seorang yang bukan mudah untuk becerita perkara yang berkaitan diri. Seorang yang perahsia?. Mungkin. Untuk menzahirkan kata 'sayang' pada ibu dan ayah pun berat untuk membuka mulut apatah lagi perkara yang lain. Sekadar menulis perkataan itu di sms, itu sahaja yang dia mampu. Entah. Sungguh sukar bagi dia untuk menzahirkan apa sahaja. Tapi percayalah jauh di sudut hati dia benar-benar memaksudkan setiap apa yang dia tulis mahupun terkurung di dalam walaupun dia gagal menzahirkannya dengan perbuatan.


" Esok kalau tak penat baru datang tengok mak. Doakan mak cepat keluar wad."




Dia berlalu meninggalkan katil itu sambil masih menahan air mata daripada jatuh.




Dia adalah aku.

Sunday, June 12, 2011

kapal terbang kertas

Dia letak bag atas meja. Kemudian tukar kasut dan menyarung lab coat. Aku senyum kelat. Hint kerana waktu dia sampai seperti dia adalah boss besar di syarikat. Lalu dia menyapa aku sambil bertanya khabar. Perbualan pun bermula.


"Haa, aku nak tanya. Perempuan tau tak kalau kita suka dia?. Kira macam kalau aku suka kau, kau tau tak aku suka kau?"

Aku kaget. Ape hal pagi-pagi terus tanya soalan ni. 


Aku hanya mampu senyum dan gelak. Berlagak macam kaunselor, aku pun beri jawapan dari persepsi aku sebagai perempuan. Apa yang aku tau, aku kongsikan.


" Kenapa tanya?. Dah ade gf pun nak suka orang lain ke?. Ni yang mak tak suka ni "


Aku bertanya. Oh, dia memanggil aku sebagai mak dan dia pula sebagai anak aku. Lekat pulak panggilan tu. Mula-mula hanya sekadar gurauan.


"Takde la mak. Saje je nak tanya. Sebab aku gf sekarang, die tak tau pun yang aku suka dia  dulu masa ktorg belum declare"


Ermm ye ke?. Aku sedikit musykil. Kemudian, dia menyambung.


"Sebab aku tak bagi hint langsung dekat dia kot. Haha. Jalan pantas, approach je terus. Nasib baik dapat"


Kami sama-sama gelak. Gila advance budak sorang ni. Sebelum kami kembali ke department masing-masing dia kemukakan satu lagi persoalan.


"Kau dah dapat tak jawapan? Betul tak aku cakap?"


Aku blur. Jawapan?. Aku refresh ingatan. Aku senyum meleret.


Sebab semalamnya, aku pun tanya soalan yang sama dekat dia. :). 
( Tukarkan kepada versi perempuan yang bertanya kepada lelaki.)


********
Dah masuk 20-an. Dah hampir menamatkan pengajian. Memang selalu bermain dengan emosi. Setuju?.  Tambah-tambah sekarang musim orang bertunang dan kahwin. Asal on facebook, mesti ade album wedding. Bila lah agaknya tengok album wedding tu keluar muka aku? Haha.


Dan aku teringat masa zaman baru nak membesar, main kasi-kasi lagu dekat 'kawan'. Sumpah lawak bila ingat balik. Memang budak-budak.


Tolonglah angin 
  Bawa kapal terbang kertasku
  Kepadanya
  Supaya ternyata jelas
  Isi hati ku,,,,,,,," 





Agak-agak kalau aku pakai cara oldschool macam ni menjadi tak?. Haip haip. Sekarang bukan zaman 90-an. 

Pre-goodbye


 Alhamdulillah, saya semakin seronok menjalani minggu-minggu terakhir berpraktikal. Sebelum tidur, excited nak bangun keesokan hari sebab:


1) Nak main. Fyi, mmg aku agak banyak 'main' dkt sini. Esp dengan kawan-kawan yang satu kepala. Tapi taklah setiap masa aku main ye. Bila free and tak ade sample/specimen. Tapi kawan satu kepala dari universiti lain dah takde sejak semalam. Aku hilang teman bermain lah next week. Sedih okay!


Mmgg hobi suka bergambar. Bila boss lalu,semua pakat lari
 department masing-masing.
Tak sah kalau takde gambar lompat.
Ni lagi langsi. Posing ala rempit pinjam helmet kawan.
Rakan sejati kala bermain.
 
FIrst time try kerusi urut yang kena masuk duit syiling.
   My unisel partner aka mentor. Thanks for everything mate. :)


2) Nak makan. Entahlah, aku rasa aku terlebih makan dekat sini. Breakfast, brunch, lunch, hi-tea lengkap dalam sehari. Esp bila makan dekat Ijn, makanan memang lagi marvelous. Dekat rumah pun aku tak makan sekerap ini tau.


Chicken cordon bleu ala-ala secret recipe.
Sizzling pun ada.
                                                     Nasi Ayan Cendawan.


Nanti saya buat one entry pasal internmates aka rakan bermain saya dekat sini. Kira macam tribute untuk rakan Unisel dan Klmu yang serius mmg best gila. Cuma satu yang tak berapa tak best dekat sini sebab buat benda yang sama je setiap minggu. Takpelah, for the seek of ilmu kan. Kena lah sabar dengan halangan dan cabaran.Tak gitu?



Lagi 4 weeks. :)