Search This Blog

Wednesday, March 9, 2011

Aku berpihak pada makcik itu

Ahad lepas,aku teman kawan baik ke stesen bus pekeliling. Sedang aku beratur bersama dia di depan kaunter plusliner, satu kejadian berlaku, yang pada aku amat menyentak jiwa.


Aku nampak beberapa orang makcik sedang berbisik sesama sendiri. Ketika itu masing-masing sedang duduk di atas kerusi kecil. Di hadapan mereka ada 2 buah ice box polistrene yang tidak berisi. Di atas ice box itu terdapat pula bakul yang berisi makanan ringan (seperti super ring,keropok roda) dan juga buah potong (seperti tembikai dan jambu). 


Sedang aku asyik memerhatikan makcik tersebut tiba-tiba keadaan menjadi kecoh. Dengan sepantas kilat dan tidak sampai 1 minit pun, makcik tadi terus mengapai bakul berisi barang jualan tadi dan berlari dari situ. Kerana begitu kelam-kabut kaki aku hampir di pijak oleh makcik tersebut dan titisan air dari buah potong yang di jual turut terkena di jari kaki ku. Betapa sungguh kalutnya keadaan ketika itu.


Aku musykil. Kenapa jadi macam ni?. Aku sempat bertanya pada rakan. Katanya mungkin pihak DBKL datang  ronda. Aku jadi lagi bertambah pelik. Takkkan boleh berurus niaga dekat stesen bus?.


Selang beberapa minit, ku lihat seorang lelaki lengkap beruniform menghampiri kawasan di mana aku berdiri. Di capainya satu daripada dua bakul yang tidak sempat di bawa lari oleh makcik tadi. Lelaki itu bertanyakan tentang bakul tersebut kepada orang sekeliling yang rata-rata hanya menggelengkan kepala.


Selepas itu,ku lihat lelaki tadi tersenyum sambil aku mencari arah pandangan matanya. Betapa hancur luluh hati ini bila aku melihat barang jualan tadi bertaburan di atas jalan. Rupanya,barang jualan makcik-makcik tadi terjatuh daripada troli kerana kekalutan untuk menyelamatkan diri dari di tahan pihak berkuasa. Sayu aku melihat mereka mengutip barang jualan yang jatuh dan sudah pun basah terkena takungan air di lubang jalan raya. Sudahlah barang jualan jatuh, kena pula menghadap lelaki beruniform lengkap itu pula. Mereka hanya mencari 


Aku jadi bertambah musykil. Salahkah kalau kita mencari rezeki yang halal? Daripada mendapat rezeki yang haram, tidak ada salahnya menumpang kasih mencari rezeki di tempat awam jika kena pada tempat, masa dan keadaan sekelilng.  Makcik-makcik tadi sudah berumur. Mereka hanya mahu mencari rezeki dengan cara sebegini bagi menampung hidup. Biarlah mereka memberi apa yang termampu. Beri mereka ruang untuk turut merasai kenikmatan hidup.

No comments: