Search This Blog

Friday, March 25, 2011

Of Fate,Destiny



Kalau ikut kehendak diri , sekarang aku sepatutnya sedang sibuk dengan temu janji.
Kalau ikut kehendak hati, sekarang aku sudah mempunyai lingkaran teman yang sama kehendaknya dengan aku.
Kalau ikut kehendak hati, sekarang aku tidak lagi perlu bergelumang dengan buku-buku yang tebalnya tidak mampu aku junjung.
Kalau ikut kehendak hati, aku sepatutnya bukan di sini.


Kalaulah dulu aku ada prinsip hidup.
Kalaulah dulu aku tahu matlamat diri.
Kalaulah dulu aku celik dunia.
Kalaulah dulu aku turuti nasihat ibu ayah dan kawan karib.
Kalauhlah aku boleh putar yang dahalu kepada sekarang, aku sudah dapat merasai betapa indahnya kehidupan di negara orang.


Betapa indahnya 'kalau' itu.


Apa aku menyesal dengan keadaan sekarang?


Pernah aku terduduk memikirkan masa depan. Bagaimana aku 5 tahun akan datang.
Berangan memang satu masalah kaum perempuan.
Kalaulah angan-angan itu pasti akan jadi kenyataan.
Aku sudah boleh menghela nafas lega.


Tidak ada manusia yang dapat lari dari rintangan hidup.
Tidak ada insan yang tidak pernah mengeluh.
Tidak ada kehidupan yang tidak di uji.


Inilah rencah kehidupan.


Inilah syndrome pelajar bila final exam hampir tiba.


Suka bermonolog dalaman.

Tuesday, March 22, 2011

Terima Kasih Cinta


Walaupun dah lambat, tapi sebab dah ade dalam draft jadi aku post  jugak.
Seat aku memang paling depan. Depan aku, seat utk media. See. Betapa depannya. Tapi sebab seat dekat paling bawah,and prop pulak 2 tingkat so agak tak berapa nampak apa yang ada dekat atas. Kalau prop bukan 2 tingkat confirm lagi jelas view. Afterall, i enjoyed all the songs. Audience boleh ikut nyanyi sebab mostly lagu mesra pendengar. Roslan Aziz did well. Tong Yusoff punya suara mmg marvelous! Pelakon terbaik mmg jadi milik Latif Ibrahim. ( tak tau sapa dia, pegi google) 

Storyline macam dalam filem Cinta dulu masa tahun 2006. Yang beza cuma pelakon. Bagi aku kalau siapa tak concentrate sgt boleh tertidur. Kalau siapa yang betul-betul tengok boleh nagis certain scene.



Norish Karman & Tony Yusoff - Represent Rashidi Ishak & Rita Rudaini 

Deja Moss & Anding - Represent  Nanu & Que Haidar

Farahdhiya & Shajiry - Represent Eizlan Yusof & Fasha Sandha

Nadia & Vince - Represent Sharifah Amani & Pierre Andre


Form right in blue : Safura & Latif Ibrahim- Represent Fatimah Abu Bakar & Dato' Rahim Razali





Dan aku rasa lagu-lagu dalam ni semua best-best sebab ada drummer hebat ni.


Bye awak. Nanti kita jumpe lagi ye.:)

Wednesday, March 16, 2011

Beringat sebelum tiba ke penghujung

Seperti sabda Rasulullah, Nabi saw. Bersabda:

“ Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya. Kemudian beliau menyebutkannya: Asap,Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Mayram a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka ”
                   
                                                                         -Hadis Riwayat Muslim.


Yang kabur semakin jelas
Hanya takbur diri masih batu
Bukankah semuanya sudah jelas?
Apa lagi perlu di tunggu?


Semoga sekalian di Jepun beroleh kesejahteraan
dan
Semoga kita di sini masih bernafas tenang.


Amin Ya ALLAHYa Rabbal Alamin

Saturday, March 12, 2011

Bobbi Brown Contest


Bagi aku, kecantikan itu sangat subjektif. Semua orang ada pandangan masing-masing. Mungkin yang cantik bagi aku tidak sempurna bagi kamu. Mungkin juga yang cantik bagi kamu tidak sempurna di mata aku. Kalau manusia mempunyai citarasa yang sama, haru-biru lah dunia. Kerana itu setiap manusia punyai perspektif tersendiri dalam mentafsir Apa Itu Kecantikan.

“Pretty powerful is about being confident. Even with a slightest of make-up, when u feels confident, u feel pretty and powerful. It’s like a superpower that every woman desire”

 - Zafirah Rosland (with the help from Adilah Rosli )


The Making of..













Dear readers, i am imploring for your support. Kindly submit your vote for my bff. Just go to this link and click vote . 






Your vote is highly appreciated. Thank you my supportive readers. :)

Wednesday, March 9, 2011

Aku berpihak pada makcik itu

Ahad lepas,aku teman kawan baik ke stesen bus pekeliling. Sedang aku beratur bersama dia di depan kaunter plusliner, satu kejadian berlaku, yang pada aku amat menyentak jiwa.


Aku nampak beberapa orang makcik sedang berbisik sesama sendiri. Ketika itu masing-masing sedang duduk di atas kerusi kecil. Di hadapan mereka ada 2 buah ice box polistrene yang tidak berisi. Di atas ice box itu terdapat pula bakul yang berisi makanan ringan (seperti super ring,keropok roda) dan juga buah potong (seperti tembikai dan jambu). 


Sedang aku asyik memerhatikan makcik tersebut tiba-tiba keadaan menjadi kecoh. Dengan sepantas kilat dan tidak sampai 1 minit pun, makcik tadi terus mengapai bakul berisi barang jualan tadi dan berlari dari situ. Kerana begitu kelam-kabut kaki aku hampir di pijak oleh makcik tersebut dan titisan air dari buah potong yang di jual turut terkena di jari kaki ku. Betapa sungguh kalutnya keadaan ketika itu.


Aku musykil. Kenapa jadi macam ni?. Aku sempat bertanya pada rakan. Katanya mungkin pihak DBKL datang  ronda. Aku jadi lagi bertambah pelik. Takkkan boleh berurus niaga dekat stesen bus?.


Selang beberapa minit, ku lihat seorang lelaki lengkap beruniform menghampiri kawasan di mana aku berdiri. Di capainya satu daripada dua bakul yang tidak sempat di bawa lari oleh makcik tadi. Lelaki itu bertanyakan tentang bakul tersebut kepada orang sekeliling yang rata-rata hanya menggelengkan kepala.


Selepas itu,ku lihat lelaki tadi tersenyum sambil aku mencari arah pandangan matanya. Betapa hancur luluh hati ini bila aku melihat barang jualan tadi bertaburan di atas jalan. Rupanya,barang jualan makcik-makcik tadi terjatuh daripada troli kerana kekalutan untuk menyelamatkan diri dari di tahan pihak berkuasa. Sayu aku melihat mereka mengutip barang jualan yang jatuh dan sudah pun basah terkena takungan air di lubang jalan raya. Sudahlah barang jualan jatuh, kena pula menghadap lelaki beruniform lengkap itu pula. Mereka hanya mencari 


Aku jadi bertambah musykil. Salahkah kalau kita mencari rezeki yang halal? Daripada mendapat rezeki yang haram, tidak ada salahnya menumpang kasih mencari rezeki di tempat awam jika kena pada tempat, masa dan keadaan sekelilng.  Makcik-makcik tadi sudah berumur. Mereka hanya mahu mencari rezeki dengan cara sebegini bagi menampung hidup. Biarlah mereka memberi apa yang termampu. Beri mereka ruang untuk turut merasai kenikmatan hidup.

Thursday, March 3, 2011

Tempo



 Entahlah. Dah jadi badi, mungkin.
Saya memang selalu ada masalah dengan tempo.

Kenapa ye?

Well, kan saya cakap laju.



To those in my team, give our very best. Good luck.