Search This Blog

Saturday, January 1, 2011

Bye Bye Iker Casillas


Timeline aku di twitter laju dan penuh dan turut mengalir sederas-derasnya malam kemenangan hari tu. Paling hot mestilah #KhairulFahmi. Jangan salahkan gadis-gadis yang tak pernah tengok bola dan secara tiba-tiba nafsu teringin datang nak belajar apa itu bola sepak. Dah nama pun perempuan,mata mestilah menyengit sedikit dekat player. Ini typical ok. Lelaki pun suka tengok perempuan cantik. Fakta. Tengok sahaja cameraman fokus siapa masa 2nd match dekat Indon tu. Manohara,Luna Maya. Amboi amboi. Taste tinggi melampau. Ape ingat gadis Malaysia tak hot kau taknak fokus kasi keluar tv?. Gadis Malaysia lagi smoking hot in their own way.

Jadi, tolong jangan persoalkan kenapa ada beberapa kerat perempuan tengok bola sebab nak tengok 'player' dan bukan game. Tapi aku tengok game tau. Betul. Tak tipu. Aku tengok player hanya bila melibatkan individu dan pasukan tertentu je esp Miroslav Klose. Bukti?. Soon. Upcoming post.

Gadis-gadis. Sudah-sudah la tu. Jangan duk terjah dia je . Live traffic terus hits mendadak. Somehow aku rasa dia dah hilang privacy. Satu pelusuk Malaya duk cakap pasai mamat mata sepet dia ni. Aku join masa awal-awal hot debate dulu jelah. Disebabkan si sepet dah ade orang yang bakal jaga makan minum, jadi aku rasa yang memendam perasaan dalam-dalam tu sebaiknya keluarkan balik perasaan tu. Support him because he is our goalkeeper not as he is Khairul Fahmi. Thats even much better i think.

Bila dah menang, baru semua orang nak buka mata. Biasalah tu kan. Jangan bila tiba saat kecundang nanti, semua orang maki hamun pulak. Sentiasa support each other tak kira menang atau tewas. Biar kita menang semangat dan jati diri dan bukan tewas sebelum bertanding.



Dan aku rasa Iker Casillas dan Petr Cech bakal sedikit sebanyak akan tergugat bilangan fans perempuannya. Lets just wait and see. Peace.:)

Dan 


KhairulFahmi membuktikan betapa ketinggian tidak harus menjadi ukuran untuk bejaya. Berbekalkan semangat juang yang tinggi dan tak kenal erti putus asa, everything is possible.
*ditujukan untuk diri sendiri supaya lebih semangat*



Oh, Selamat Tahun Baru!

No comments: