Kisah 1
1st August. Seluruh umat Islam bersemangat. Dari yang sudah lanjut usia hingga ke sekecil kanak-kanak. Sungguh Ramadhan bulan yang amat diberkati. Kejadiaan berlaku di hari pertama aku berterawih.
Usai selesai berterawih, aku sambung dengan solat sunat witir. Selepas doa penutup, aku bersalaman dengan mak dan seterusnya dengan jemaah wanita yang lain. Rasa awkward bila bersalaman dengan mereka yang seangkatan usianya dengan mak. Rasa seperti memegang dan mengucup tangan bakal mak mertua. :) Oh, so random.
Kisah 2
Hari kedua aku berterawih di surau yang berlainan. Seperti semalam, selesai solat isyak, kami teruskan dengan solat sunat terawih. Terawih di surau ini habis awal. Imam baca surah tidak panjang seperti semalam. Aku sedikit senang dengan keadaan ini sebab aku lebih khusyuk. Tetapi, satu perkara menganggu konsentrasi. Aku yakin para jemaah lain turut merasainya.
Ketika sedang khusyuk berterawih, bunyi mercun umpama meriam buluh kedengaran meneggelamkan suara imam walaupun imam memakai 'mic'. Bayangkan, ada jemaah yang sempat melatah. Aduhai, mungkin di dalam hati mereka berbisik "selamat aku takde sakit jantung". Hehe. Dari rakaat pertama sehingga selesai witir. Dentam dentum mercun jelas kedengaran. Macam mana aku nak khusyuk?
Kisah 3
Ada beberapa hari, aku beterawih bersama mak dan adik perempuan di rumah. Ketika hari-hari malas dek kerana mengikut nafsu. Usai habis rakaat ke-4, mak mengangkat tangan untuk membaca doa. Tiba-tiba, mak tersenyum dan terus tergelak kecil. Aku dan adik jadi hairan.
" Mak lupa lah doa. Bila mak solat sorang2, mak ingat je . hehe ". Apa lagi, kami pun sama-sama lah gelak. Hahaha.
Kisah 4
Selepas iftar, perlu lekas-lekas bersiap sedia untuk solat mahgrib dan solat terawih. Isnin - jumaat ayah dan mak sibuk bekerja. Memang akan ada hari yang mereka tidak ke surau,hanya solat sendiri di rumah. Suatu hari, " Ayah tak larat la nak pergi surau hari ni, ayah letih banyak kerja tadi. Ayah nak rehat". Aku dan mak seperti biasa ke surau pada hari itu. Sesudah selesai, ketika sampai di rumah kami lihat ayah segar bugar menonton television. "Goal! Goal! Hadi, goal hadi goal!" jerit ayah sambil memanggil adik ku si Hadi. Bila mendengar ayah hyperaktif sebegitu dengan serta merta mak bersuara " Hai, tadi punya la kata letih tak larat nak pegi surau. Ni boleh pulak celik terjerit sana sini". Ayah buat dunno, mantain cool. :)
Salam Ramadhan.
1 comment:
hahaha.. salam mak mertua~
jangan lupa hantar invitation card ea ^_^,
Selamat Meneruskan baki2 tarawikh yang ada lepas ni,
Post a Comment