Tolong. Tolong. Tolong. Lihat video ini.
*Jangan kata anda hati kecil anda tidak terusik.*
Setiap insan yang lahir di dunia pasti menginginkan hidup yang sempurna. Sempurna dari segala genap aspek. Sempurna rupanya, sempurna akhlaknya, sempurna peribadinya. Akhlak dan peribadi boleh dilentur dan sentiasa boleh diperbaiki. Satu yang pasti, sempurna fizikal adalah sesuatu yang subjektif dan tidak semua insan berpeluang menikmati kesempurnaan fizikal.
Walaupun dalam kekurangan, insan inilah yang sebenarnya lebih menghargai dan menikmati dengan sepuas-puasnya erti sebenar kehidupan. Live life to the fullest. Mereka letakkan diri mereka sebaris dengan insan lain yang sempurna 5 deria mereka. Mungkin ada yang boleh mendengar betapa indahnya alunan ayat-ayat suci Al-Quran, tapi tidak boleh melihat bagaimana istimewanya kalam suci itu. Ada pula yang boleh melihat betapa ikhlasnya ibu bapa mendidik dan mengasuh mereka sehingga dewasa tetapi diberikan ujian untuk tidak dapat mendengar bait-bait nasihat dan kata-kata azimat yang keluar dari bibir ibu bapa mereka. Ada pula yang tidak berpeluang mengesat titis peluh ibu memasak dan mengurus rumah tangga apatah lagi mahu menghulur tangan mengambil beg kerja si ayah sekembalinya dari kerja. Ada yang tidak berpeluang bersama-sama ibu dan ayah bersama-sama bersantai dan berekriasi di taman permainan. Indah bukan jika kekurangan ini tidak pernah ada. Tetapi, kekurangan ini bukanlah penghalang untuk insan istimewa seperti mereka mengharungi hidup seperti insan normal yang lain.
Apa guna dilahirkan cukup sifat tetapi tidak bersyukur dengan nikmat kesempurnaan itu sendiri. Lumrah manusia. Mana puas dengan apa yang ada. Seboleh-bolehnya setiap cacat cela kurang sana sini pada fizikal diri ingin diubah dan dimanipulasi bagi mencapai kepuasan sendiri. Bukankah manusia itu dicipta sebaik-baik kejadian?. Jangan persoalkan mengapa dan kenapa kita dijadikan sebegini dan bukan sebegitu. Allah Maha Mengetahui.
Kadang-kala timbul persoalan. Selagi kita tidak diberi ujian, tidak ditarik oleh Allah nikmat yang diberikanNya selagi itulah kita tidak pernah kenal erti syukur. Bagi mereka yang tidak berpeluang mengecap kesempurnaan dalam hidup, mereka tidak pernah rasa terhina dengan kekurangan yang ada. Mengapa kekurangan perlu dijadikan alasan?. Persetankan segala caci maki simpati tidak ikhlas orang sekeliling. Malah apa yang membuatkan aku kagum, mereka inilah yang banyak memberi inspirasi dan peringatan kepada kita agar mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Jangan sampai kita ditarik nikmat itu suatu masa nanti.
Jangan takut kepada kekurangan kerana kekurangan itulah 'semangat' yang perlu ada untuk terus berjuang bagi melakar satu moment indah dalam kamus hiup..
Live your life to the fullest. Even if your are not capable of doing it physically. Don't let any barriers destroy your happiness. You deserve a happy life as what others have. We are equal in this world. Wait until it is the time when we are no longer in this world. You'll see the difference.
6 comments:
Every person has good n bad side. To live, just do our goods as well as we can.
And, be grateful ones.
Nany.I love u..Hihi. :)
kekurangan tu la yg buat kan org spesel ko tau~ hahaha....
be diri sendiri la kan~
hehe
btol tu.if Allah da tarik barulah sedar semua tu berharga..
:)
mimo,
143. so and very. :D
ruby,
mcm aku.byk kekurangan tapi menten happy.chewah.:p
shewhoisatie,
tukar dari shewhomustnotbenamed kepada diri sendiri.nt Allah dah tarik name baru sedar name sendiri berharga.haha.*pesanan utk diri sendiri*
afiqhamid,
eceh eceh.sumpah nak gelak tgk kau letak gambar sendiri as prof pic.haha
Aku tak pernah letak muka sndiri jadi profile pic ok! haha
Post a Comment