Search This Blog

Saturday, February 26, 2011

You must know: Sam Tsui



Another youtube sensation. Love all the covers he did.




                    This is my personal favourite. 




Alasan kalau malas nak update ialah letak video. Bye.

Thursday, February 24, 2011

Ish, jangan tengok luaran.

Dari kecil sampai dah besar panjang ni, asyik duk dengar satu ayat ni. Kena fikir dalam sikit. Tak boleh translate bulat-bulat kalau nak betul-betul faham apa yang ingin di sampaikan.


Moi : ********* dah pakai tudung ye?

Kawan : Ye ke? Eh. Mane ade la.

Moi : Betul la. Haritu tengok dekat cover magazine. Dia dah pakai tudung.Kan baru balik Mekah.

Kawan: Tak la. Cover depan je dia pakai tudung.Tengok  dekat  dalam magazine tu mane ade pakai. Ade je gambar dia tak pakai tudung.

Moi : Oh ye. Ingatkan dah pakai. Ni baru betul “DON’T/NEVER JUDGE A BOOK BY ITS COVER”

Tuesday, February 15, 2011

"I Love Living Life. I Am Happy"



Tolong. Tolong. Tolong. Lihat video ini. 


*Jangan kata anda hati kecil anda tidak terusik.*


Setiap insan yang lahir di dunia pasti menginginkan hidup yang sempurna. Sempurna dari segala genap aspek. Sempurna rupanya, sempurna akhlaknya, sempurna peribadinya. Akhlak dan peribadi boleh dilentur dan sentiasa boleh diperbaiki. Satu yang pasti, sempurna fizikal adalah sesuatu yang subjektif dan tidak semua insan berpeluang menikmati kesempurnaan fizikal.

Walaupun dalam kekurangan, insan inilah yang sebenarnya lebih menghargai dan menikmati dengan sepuas-puasnya erti sebenar kehidupan. Live life to the fullest. Mereka letakkan diri mereka sebaris dengan insan lain yang sempurna 5 deria mereka. Mungkin ada yang boleh mendengar betapa indahnya alunan ayat-ayat suci Al-Quran, tapi tidak boleh melihat bagaimana istimewanya kalam suci itu. Ada pula yang boleh melihat betapa ikhlasnya ibu bapa mendidik dan mengasuh mereka sehingga dewasa tetapi diberikan ujian untuk tidak dapat mendengar bait-bait nasihat dan kata-kata azimat yang keluar dari bibir ibu bapa mereka. Ada pula yang tidak berpeluang mengesat titis peluh ibu memasak dan mengurus rumah tangga apatah lagi mahu menghulur tangan mengambil beg kerja si ayah sekembalinya dari kerja. Ada yang tidak berpeluang bersama-sama ibu dan ayah bersama-sama bersantai dan berekriasi di taman permainan. Indah bukan jika kekurangan ini tidak pernah ada. Tetapi, kekurangan ini bukanlah penghalang untuk insan istimewa seperti mereka mengharungi hidup seperti insan normal yang lain.

Apa guna dilahirkan cukup sifat tetapi tidak bersyukur dengan nikmat kesempurnaan itu sendiri. Lumrah manusia. Mana puas dengan apa yang ada. Seboleh-bolehnya setiap cacat cela kurang sana sini pada fizikal diri ingin diubah dan dimanipulasi bagi mencapai kepuasan sendiri. Bukankah manusia itu dicipta sebaik-baik kejadian?. Jangan persoalkan mengapa dan kenapa kita dijadikan sebegini dan bukan sebegitu. Allah Maha Mengetahui. 

Kadang-kala timbul persoalan. Selagi kita tidak diberi ujian, tidak ditarik oleh Allah nikmat yang diberikanNya selagi itulah kita tidak  pernah kenal erti syukur. Bagi mereka yang tidak berpeluang mengecap kesempurnaan dalam hidup, mereka tidak pernah rasa terhina dengan kekurangan yang ada. Mengapa kekurangan perlu dijadikan alasan?. Persetankan segala caci maki simpati tidak ikhlas orang sekeliling. Malah apa yang membuatkan aku kagum, mereka inilah yang banyak memberi inspirasi dan peringatan kepada kita agar mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Jangan sampai kita ditarik nikmat itu suatu masa nanti. 


Jangan takut kepada kekurangan kerana kekurangan itulah 'semangat' yang perlu ada untuk terus berjuang bagi melakar satu moment indah dalam kamus hiup..


Live your life to the fullest. Even if your are not capable of doing it physically. Don't let any barriers destroy your happiness. You deserve a happy life as what others have. We are equal in this world. Wait until it is the time when we are no longer in this world. You'll see the difference.

Saturday, February 12, 2011

Of Wondermilk, Aizat Amdan & Siti Nurhaliza


I hate Gombak but i am glad to live here. There's many reasons why i hate Gombak so much than why i love Ipoh so much. I am also thankful for having the best bestfriends in the  world. We do things together , we share things together , we enjoy things together. 

With bestfriends, i had the best moments in life besides having my family around. So,lets see why i really meant it. 


1) Bestfriends selalu akan muncul dengan pelbagai cadangan tempat makan atau tempat lepak atau tempat gosip yang best untuk di kunjungi. 










2) Bestfriends  juga selalu muncul dengan idea-idea menarik untuk luangkan masa bersama dari menjadi typical habiskan masa di shopping mall.

 
Here we go!


(Kalau dulu rajin mengikuti langkah En.Artis je, sekali-sekala panjangkan langkah tengok showcase artis lain.:p)


 Urusan Aizat Amdan Live in Damansara.


Aizat opened the show with Years From Now and sang a 'bonus' song called Perpisahan by Anuar Zain to close the night. My personal favourite is Lagu Kita as i love the song so much. Aizat's vocal was superb and Anas,music director for the night did a great job too though some minor technical error esp with the sound system. Its okay then,we still had so much fun!!








 with his niece




the handsome sound engineer in shades

 
  on strings


 
Thumbs up!!
Birthday surprise from family.



Finally, Dream come true. After years and years waiting. 





Siti macam Barbie Doll! She is my all time fav.


3) Bestfriends juga akan secara tidak langsung meningkatkan tahap keyakinan diri anda. Dimana:


i) Lumrah bila bawak kawan-kawan cantik,akan di hampiri oleh cameran,videoman,tvman berlumba-lumba hulur mic suruh buat ucapan. Sebelum showcase kena buat ucapan Good Luck untuk Aizat. Lepas habis showcase pun di terjah oleh individu yang sama untuk buat ucapan Congrats dekat Aizat. Mula-mula alah,malu la abang. Dengan adanya bestfriends,jadi bersemangat dan terus yakin. Time kasih bestfriend cantik!.  *nanti tengok Astro or beli je dvd konsert beli dah keluar nanti.InsyaAllah,ade KOT muka kawan korang ni.:p*

ii) Lumrah bila ada bestfriend satu kepala,bila disuruh NYANYI di khalayak ramai dan apabila mic di hulur oleh wartawan MELODI terus yakin dan tak tau malu terus menyanyi tanpa mempedulikan keadaan sekeliling : "kau dan aku adalah satu.tak kira apa bla bla bla.*. Bila dah sampai rumah barulah sedar "ape lah kita buat tadi tu.semangat nyanyi.tapi siap salah lirik.MALU kalau org tengok!".  *sekali-sekali apa salahnya malu kena interview eh bukan.kena nyanyi.*



Malu itu perlu kena tempat. Tapi apa salahnya,sekali-sekali malukan diri sendiri. Bukan selalu. KAN? ^_^

Friday, February 4, 2011

Favourite #1


Enjoying my holiday.Hope you guys too!! ^_^


 those

                                                                                         

                      P/s: Banyak entry tertangguh. Will post them soon.