Search This Blog

Friday, April 8, 2011

Green Light

Bulan depan bulan Mei.
Tinggal beberapa hari je lagi.
Setiap hujung minggu di bulan Mei bakal penuh dengan pelbagai macam perkara.


Kemarin, super senior aku datang ke campus. Hanya sempat berlaga pipi dan berbual tidak sampai 10 minit. Diberinya beberapa keping envelope berwarna kuning cair. Lantas, aku dapat meneka sebab kenapa dia tiba-tiba datang ke campus. Lalu aku mengusik:


" Macam mana persiapan? Dah siap ke semua?"


" Boleh lah. Ala. Akak tak kisah sangat pun.


 JANJI DAH DAPAT KEBENARAN NAK KAHWIN!!! * senyum menyengih panjang sampai telinga*


^_^. Aku fikir balik , betul jugak kan. Perkara pertama nak kena kasi lepas kalau nak berkahwin ialah mendapatkan kebenaran untuk berkahwin daripada mak dan ayah tercinta.




Dan. Aku benci bulan Mei 2011,



Bukan sebab aku sibuk,  tapi sebab aku makan hati sorang-sorang sebab ramai orang nak kahwin. Ape ni, nak kahwin jugak!

2 comments:

. said...

nany..
setahun lagi..:))

Enriuel said...

mimo,
HAHAHA. :P